Larikan Diri Dari Polis Di Kuching, Pencuri Kereta Diberkas Ketika Terima Rawatan Tembakan Di Betong

6 Jun 2023 • 8:57 AM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

Suspek ditembak polis di Kuching ketika melarikan diri daripada mereka

Larikan Diri Dari Polis Di Kuching, Pencuri Kereta Diberkas Ketika Terima Rawatan Tembakan Di Betong. Dilaporkan seorang lelaki tempatan yang cedera selepas ditembak dua kali oleh anggota polis di Kuching telah ditahan semasa menerima rawatan di Hospital Betong.

Seorang wanita, yang merupakan rakan kongsinya, juga turut ditahan selepas kedua-duanya terbabit dalam insiden curi kereta.

image is not available
Larikan Diri Dari Polis Di Kuching, Pencuri Kereta Diberkas Ketika Terima Rawatan Tembakan Di Betong

Suspek mempunyai rekod jenayah membabitkan 10 kecurian kenderaan

Menurut laporan, suspek berusia 38 tahun telah mengalami kecederaan di bahagian lengan kanan dan pinggul setelah ditembak ketika cuba melarikan diri.

Suspek telah ditahan pada 1PM ketika menerima rawatan di Hospital Betong, sekitar 237km dari Kuching.

Semakan mendapati lelaki itu mempunyai rekod jenayah membabitkan 10 kecurian kenderaan, menghalang penjawat awam menjalankan tugas dan cubaan membunuh.

Seorang wanita tempatan berusia 34 tahun yang bersama suspek turut ditahan.

Terlibat dalam kes curi kenderaan 4WD

Difahamkan, kedua-dua suspek dipercayai terlibat dalam kes curi kenderaan pacuan empat roda (4WD) yang dilaporkan dilarikan di Pasar Baru Tatau, sekitar 565km utara dari Kuching pada jam 1:04AM pada 4 Mac lalu.

Sepasukan polis berjaya mengesan kenderaan tersebut dan sebuah lagi 4WD di KM82, Jalan Sibu-Bintulu.

Menurut laporan, kedua-dua kenderaan memecut ke arah polis ketika polis menghampiri.

Beberapa das tembahan di bahagian hadapan dan tayar dua kenderaan berkenaan telah dilepaskan polis tetapi suspek berjaya melarikan diri.

image is not available
Gambar sekadar hiasan. Kredit: Andy Clark/Reuters

Susulan itu, kedua-dua kenderaan terbabit merempuh sekatan jalan raya yang disediakan oleh sepasukan dari balai polis Selangau sekitar 300m dari tempat kejadian jenayah asal, hampir melanggar seorang anggota polis.

Kes akan disiasat mengikut Seksyen 379A dan Seksyen 307 Kanun Keseksaan kerana curi kenderaan dan cubaan membunuh.

Lagi di sini: