Larry Ellison Memintas Jeff Bezos Sebagai Individu Kedua Terkaya Dunia

TechnologyDigital
17 Sep 2024 • 5:40 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Pengasas Oracle yang juga pemilik Paramount Global, Larry Ellison telah memintas Jeff Bezos sebagai individu kedua terkaya di dunia. Beliau kini mempunyai harta bernilai $206.5 bilion yang adalah di hadapan Jeff Bezos yang mempunyai $202.9 bilion tetapi masih di belakang Elon Musk yang mempunyai harta $250.9 bilion.

image is not available

Kekayaan Ellison meningkat lebih $8 bilion sejak seminggu lalu dibantu oleh peningkatan nilai saham Oracle yang mencatatkan keuntungan pada suku lalu. Tahun ini sahaja nilau saham Oracle meningkat 55% dipacu oleh permintaan tinggi untuk perkhidmatan awanan yang menawarkan pemprosesan kecerdasan buatan (AI).

Oracle ditubuhkan oleh Larry Ellison, Bob Miner dan Ed Oates pada tahun 1977 yang membekalkan perkhidmatan pengurusan pangkalan data untuk perniagaan. Pada asalnya ia menggunakan nama Software Development Laboratories sebelum diubah beberapa kali menjadi Oracle pada tahun 1995. Selain perkhidmatan pengurusan pangkalan data Oracle juga menawarkan perkhidmatan perkomputeran awanan dan perisian untuk perusahaan.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved