“Last Episod Kena Sedia Tisu Bebanyak” – Bukan Penonton Je Nangis, Editor Pun Melalak Waktu Edit Drama Rindu Kasih

Entertainment
10 Dec 2022 • 11:00 AM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

image is not available

Boleh dikatakan, drama Rindu Kasih menjadi fenomena dan berjaya membuatkan semua netizen yang menontonnya turut sedih sepanjang hampir dua minggu drama itu ditayangkan di TV3.

Berbaki hanya satu sahaja episod lagi, pastinya ramai yang tertunggu-tunggu apakah kesudahan bagi drama ini terutama sekali pengakhiran bagi watak ibu kepada Amir (Izzue Islam) iaitu Halijah lakonan Fazlina Ahmad Daud.

Sebelum penonton nangis, editor dah nangis dulu dah

Terbaru, tular beberapa video di TikTok memaparkan situasi belakang tabir ketika drama itu dilakukan.

Menerusi video tersebut dapat dilihat editor yang membuat suntingan akhir untuk drama itu menangis serta tangkap leleh ketika mengedit babak tersebut.

Dapat juga dilihat satu babak yang dilakonkan Amyza Aznan begitu terkesan sehingga menyebabkan para kru yang terlibat ketika proses belakang tabir turut sedih dan menangis.

Di ruangan komen, rata-rata netizen meluahkan ketidaksabaran mereka menonton episod terakhir untuk mengetahui kesudahan drama tangkap leleh ini.

image is not available

image is not available

image is not available

Kredit: TikTok iskandar8610 | TikTok irhamproduction

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media