“Last-Last Jual Produk” – Didakwa ‘Jaja’ Kisah Keguguran, Netizen Berang ‘Founder’ Gunakan Shuhada Untuk ‘Marketing’

18 May 2023 • 2:22 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Satu perkongsian daripada isteri Hafidz Roshdi, Nurul Shuhada di Instagram telah menimbulkan perasaan kurang senang dalam kalangan netizen.

Dalam hantaran video yang dipadam kemudiannya itu, Shuhada meluahkan rasa isi hati ketika dimaklumkan sedang hamil anak ketiga.

Namun, takdir telah menetapkan bahawa umur anak ketiga yang diberi nama Uwais itu tidak panjang akibat keguguran.

Saya hanya berdoa agar Allah redakan hati saya dengan takdir hidup saya. Semoga Allah redakan juga hati anak-anak saya. Umairah ada kata ‘Uwais tunggu kita di syurga kan ibu?

Shuhada juga dilihat menangis dan memohon maaf kerana tidak dapat membesarkan Uwais di dunia ini.

Di akhir kapsyen video tersebut, terselit pula satu iklan tudung dan ia membuatkan netizen tampil mengecam ‘founder’ jenama hijab tersebut yang dianggap mengambil kesempatan di atas kesusahan Shuhada.

image is not available

Kadang-kadang founder manalah yang suka ambil kesempatan di atas penderitaan orang. Nak jual tudung, jual je lah. Tak payah guna marketing sedih macam ni.

Sebelum ini, Shuhada dilaporkan telah menerima banyak peluang untuk menjadi duta dan muka depan produk kecantikan selain pernah mengeluarkan jenama biskut sendiri sebelum mengambil keputusan untuk tidak meneruskannya lagi.

image is not available 2 hari lalu

"Bukan Nak Cari Salah & Buka Aib Sesiapa.." - Shuhada Kongsi Isi Hati, Menangis Hilang Anak Ketiga