Latihan Bertukar Tragedi, Komando VAT 69 Meninggal Ketika Latihan Menyelam

LocalPolitics
22 Jan 2026 • 10:20 PM MYT
Borak Daily
Borak Daily

Curious & progressive. Bringing you the latest lifestyle & entertainment news

Seorang pegawai pasukan 69 Komando (VAT 69) dilaporkan meninggal dunia selepas tidak sedarkan diri ketika menjalani latihan menyelam di Pulau Mataking, pagi tadi.

Tak sedarkan diri ketiak latihan menyelam di Pulau Mataking

Memetik laporan daripada Harian Metro, kejadian tersebut dinyatakan berlaku kira-kira jam 10.25 pagi dimana mangsa dikenali sebagai Inspektor Khairul Azhar Kamaruddin, berusia lingkungan 40-an, dilaporkan rebah ketika latihan menyelam di kawasan perairan berhampiran Pos Gabungan Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) di pulau berkenaan.

image is not available

Tak sedarkan diri ketika latihan menyelam

Difahamkan, Allahyarham bersama sepasukan anggota Team Charlie VAT 69 tiba di jeti sekitar jam 8 pagi sebelum bergerak ke lokasi latihan selepas membuat persiapan peralatan. Maklumat kecemasan diterima selepas pihak sebuah resort berhampiran memaklumkan pegawai terbabit tidak sedarkan diri ketika latihan sedang dijalankan.

Bantuan awal termasuk pertolongan cemas dan bantuan pernafasan kecemasan (CPR) segera diberikan oleh kakitangan resort bersama anggota VAT 69 yang berada di lokasi.

Mangsa kemudiannya dibawa keluar dari kawasan latihan dan dihantar menggunakan bot ke Hospital Semporna bagi mendapatkan rawatan lanjut, namun disahkan meninggal dunia.

image is not available

Untuk rekod, Allahyarham merupakan Troop Commander 9, Skuadron C, 69 Komando yang berpangkalan di Ulu Kinta, Perak.

Sementara itu, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail menerusi hantaran di Facebook rasminya meluahkan rasa sedih atas pemergian seorang lagi anggota PDRM ketika menjalankan latihan.

“Takziah kepada keluarga Allahyarham. Semoga Allah SWT mencucuri rahmat ke atas roh beliau, mengampunkan segala dosa, serta menempatkannya dalam kalangan hamba-Nya yang beriman.
“Saya turut mendoakan Allah SWT menganugerahkan pahala atas segala jasa dan sumbangan beliau kepada negara,” katanya.

image is not available

 

Artikel lain: Tercampak 40 Meter, Petinju Muay Thai Maut Dirempuh Ketika Berjoging

Menurut beliau, kehilangan Allahyarham merupakan satu kehilangan besar kepada pasukan PDRM dan warga Kementerian Dalam Negeri (KDN).

Sumber; Harian Metro (Juwan Riduan)

The post Latihan Bertukar Tragedi, Komando VAT 69 Meninggal Ketika Latihan Menyelam appeared first on Borak Daily.