Latihan grenad bakal dipantau lebih ketat – Mohamed Khaled

LocalPolitics
24 Jul 2026 • 6:05 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Latihan grenad bakal dipantau lebih ketat – Mohamed Khaled

PETALING JAYA – Kementerian Pertahanan (Mindef) akan memperketat pemantauan dan memperkukuh prosedur keselamatan latihan membaling grenad susulan insiden letupan di Kem Hobart, Gurun, Kedah pada 16 Jun lalu.

Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, penambahbaikan akan melibatkan prosedur keselamatan, tatacara pengendalian grenad, tahap pengawasan serta pelaksanaan latihan bagi mengurangkan risiko kejadian seumpama berulang.

“Keselamatan setiap anggota sentiasa menjadi keutamaan. Tiada kompromi dalam memastikan semua latihan dilaksanakan dengan tahap pematuhan, pengawasan dan keselamatan yang tertinggi,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Terdahulu, Tentera Darat menerusi Lembaga Siasatan (BOI) telah mengeluarkan laporan penuh berhubung insiden letupan grenad semasa latihan di Kem Hobart, Gurun, Kedah.

Insiden yang berlaku pada 16 Jun 2026 itu mengakibatkan dua anggota ATM terkorban.

Mengulas lanjut, Mohamed Khaled berkata, mengikut prosedur Tentera Darat, proses siasatan telah melalui beberapa peringkat bagi memastikan semua aspek teknikal, pematuhan prosedur serta keterangan saksi diteliti secara menyeluruh sebelum sesuatu kesimpulan dibuat. – KOSMO! ONLINE

The post Latihan grenad bakal dipantau lebih ketat – Mohamed Khaled appeared first on Kosmo Digital.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved