Laung Azan Maghrib Awal 2 Minit, Masjid Jame’ Badlishah Mohon Maaf

8 Apr 2023 • 3:25 PM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

image is not available

Laung Azan Maghrib Awal 2 Minit, Masjid Jame’ Badlishah Mohon Maaf

Pengurusan Masjid Jame’ Badlishah Pekan Yan tampil memohon maaf kerana melaungkan azan Maghrib dua minit lebih awal sebelum masuk waktu sebenar pada 30 Mac lepas.

Justeru, puasa jemaah yang merujuk kepada azan Maghrib daripada masjid tersebut untuk berbuka adalah terbatal dan perlu diganti semula.

Perkara berkenaan dimaklumkan oleh Timbalan Pengerusi masjid berkenaan, Ahmad Nasir seperti yang dilaporkan oleh Sinar Harian.

Untuk makluman, sesiapa yang terbatal puasanya, perlu menqqada (mengganti) amalan tersebut selepas Ramadan tahun ini tamat.

Katanya, kesilapan tersebut berpunca dari masalah teknikal paparan digital waktu azan di masjid berkenaan pada hari terbabit.

“Saya mewakili seluruh pentadbir Masjid Jame’ Badlishah Pekan Yan memohon maaf atas kesilapan melaungkan azan Maghrib dua minit sebelum masuk waktu sebenar pada Khamis, 8 Ramadan 1444 Hijrah bersamaan 30 Mac 2023,” katanya menerusi satu kenyataan bertarikh 1 April lalu.

Beliau menambah, perkara tersebut, merujuk kepada pelbagai pandangan Jumhur Ulama’ dari keempat-empat mazhab feqah iaitu, Hanafi, Maliki, Syafie dan Hanbali.

Majoriti pandangan tersebut mengatakan, ibadah puasa tetap batal kerana berbuka sebelum waktu sebenarnya dan ibadah tersebut wajib diqada.

“Para jemaah boleh ikuti syarah hukum melalui siri Bayan Linnas Siri Ke-97 Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan bertarikh 18 Jun 2017 yang disertakan bersama lampiran ini,” katanya.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved