Laungan 'Hidup BN, PH, PN' gegar pusat penamaan calon Bukit Kepong

LocalPolitics
27 Jun 2026 • 9:16 AM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

Image from: Laungan 'Hidup BN, PH, PN' gegar pusat penamaan calon Bukit Kepong
Laungan ‘Hidup BN, Maju Johor’, ‘Hidup PH, Undi Harapan, dan ‘Hidup PN, tolak orang hancing’ bergema dalam kalangan penyokong parti yang bertanding di pusat penamaan calon DUN Bukit Kepong pada Sabtu.

MUAR - Laungan ‘Hidup BN, Maju Johor’, ‘Hidup PH, Undi Harapan, dan ‘Hidup PN, tolak orang hancing’ bergema dalam kalangan penyokong parti yang bertanding di pusat penamaan calon Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Kepong pada Sabtu.

Calon Perikatan Nasional (PN), Datuk Dr Sahruddin Jamal, tiba sekitar jam 8.50 pagi dengan diiringi Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Rombongan berarak sambil berselawat sebelum memasuki pusat penamaan calon.

Beberapa minit kemudian, calon Pakatan Harapan (PH), C Subramani, dan calon Barisan Nasional (BN), Ahmad Syarie Yusof turut tiba bersama penyokong masing-masing sebelum memasuki dewan.

Untuk rekod, pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor 2022, Sahruddin yang mewakili Bersatu-PN memenangi kerusi DUN Bukit Kepong selepas memperoleh 9,873 undi, menewaskan calon BN, Ismail Mohamed yang meraih 9,163 undi dengan majoriti 710 undi.

Turut bertanding ketika itu ialah calon Muda, Nur Afiqah M Zulkifli yang memperoleh 3,076 undi dan calon Parti Pejuang Tanah Air, Md Taib Md Suhut yang mendapat 191 undi.

DUN Bukit Kepong (N07) dijangka menyaksikan pertandingan tiga penjuru membabitkan penyandang daripada PN, Datuk Dr Sahruddin Jamal, yang dicabar Ahmad Syarie Yusof (BN) dan C. Subramani (PH).

 

 

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved