Laungan ‘Kami Sayang PM’ Disahut Dengan ‘Boo’, Video Di TikTok Ini Tular

31 Aug 2022 • 1:31 PM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

Kami sayang PM atau Kami sayang Malaysia?

Laungan ‘Kami Sayang PM’ Disahut Dengan ‘Boo’, Video Di TikTok Ini Tular. Tarikh keramat 31 Ogos merupakan hari bersejarah buat rakyat Malaysia yang berbilang kaum dan agama.

Namun, tak lengkap jika hari yang disambut ini tidak dimeriahkan dengan laungan merdeka dari bibir pucuk pimpinan sehingga ke rakyat jelata.

image is not available
Laungan ‘Kami Sayang PM’ Disahut Dengan ‘Boo’, Video Di TikTok Ini Tular

Tular di Tiktok menerusi hantaran seorang pengguna @durianator yang berhimpun di Dataran Merdeka sempena sambutan Hari Kebangsaan ke-65 sempat merakam detik memalukan.

Menerusi video tersebut, kejadian berlaku apabila pengacara melaungkan ‘Kami Sayang PM’ dan ‘Malaysia Sayang PM’ namun tidak disambut pengunjung.

Lebih memalukan apabila respon yang diterima adalah bunyian ‘boo’ dari pengunjung menyatakan mereka tidak bersetuju dengan laungan tersebut dan lebih selesa untuk berdiam diri.

Kami Sayang Malaysia – Netizen

Rata-rata netizen bersetuju dengan tindakan pengunjung yang menghadiri majlis sambutan itu dan lebih gemar dengan laungan ‘Kami sayang Malaysia’ berbanding ‘Kami sayang PM’.

image is not available
Kredit: Tiktok @durianator

image is not available
Kredit: Tiktok @durianator

image is not available
Kredit: Tiktok @durianator

image is not available
Kredit: Tiktok @durianator

Terdahulu, seawal jam 4 pagi tadi rakyat Malaysia dilihat sudah berkumpul di Dataran Merdeka kerana keterujaan menyambut Hari Kebangsaan.

Yelah, sudah dua tahun berdepan dengan wabak pandemik COVID-19 rakyat Malaysia sudah pasti tidak akan melepaskan peluang untuk menyambut hari bersejarah ini.

image is not available
Keluarga Malaysia. Kredit foto: Berita Harian

Sememangnya, setiap individu di negara ini mempunyai semangat yang jitu dan mempunyai kasih sayang yang melimpah ruah akan negara yang tercinta ini.

Selamat Hari Kebangsaan ke-65 image is not available Kami Sayang Malaysia!

Sempena Hari Kebangsaan ini, jom kita telusuri lebih lanjut mengapa tarikh 31 Ogos dipilih sebagai hari kemerdekaan: