Laungan perjuangan demi Palestin sekali lagi berkumandang di depan Kedutaan AS

Politics
13 Jan 2024 • 1:07 PM MYT
Scoop.my
Scoop.my

News You Can Use, Investigative Reports, Sports, Videos, and Analysis

image is not available

KUALA LUMPUR – Laungan ‘Palestine will never die’ (Palestin tidak akan mati) sekali lagi berkumandang di depan bangunan Kedutaan Amerika Syarikat (AS) di Jalan Tun Razak di sini apabila lebih 2,000 orang menyertai himpunan Global Day of Action: Ceasefire Now, Stop the War on Gaza.

Himpunan selama tiga jam itu diketuai pergerakan Boycott, Divestments, Sanctions (BDS) Malaysia dan disertai 33 organisasi lain antaranya Humanitarian Care Malaysia (MyCARE).

Pengerusi BDS Malaysia, Prof. Mohd Nazari Ismail dan Pengerusi MyCARE, Hafidzi Mohd Noor memberitahu peserta himpunan bahawa tekanan dan bantahan berterusan terhadap kekejaman Israel di Gaza telah menyebabkan rejim zionis diheret ke Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ). - 13 Januari, 2024

Peserta himpunan turut melaungkan: “Netanyahu you can hide, we charge you with genocide.”

Mereka juga membawa replika jenazah tertera nama mangsa yang terbunuh di Gaza.

Sementara itu, aktivis kemanusiaan, Dr Fauziah Mohd Hasan mengetengahkan nasib menimpa golongan ibu dan kanak-kanak Palestin yang berdepan kekurangan sumber di Gaza.

BERITA LANJUT MENYUSUL

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved