Lavender Nafi Produk Bakeri Mengandungi Alkohol, Akui Belum Miliki Pensijilan Halal

LocalFood
28 May 2025 • 2:05 PM MYT
Borak Daily
Borak Daily

Curious & progressive. Bringing you the latest lifestyle & entertainment news

Tular di media sosial dakwaan terhadap sebuah kedai pastri terkenal yang didakwa menggunakan bahan tidak halal dalam produk jualannya, termasuk kek yang dikatakan mengandungi wain dan alkohol.

Isu ini tercetus selepas seorang pengguna mendakwa dirinya diberitahu oleh kakitangan premis berkenaan bahawa semua kek di kedai itu mengandungi alkohol.

Selain itu, beberapa netizen lain tampil mendakwa sebelum ini memang terdapat label alkohol pada sebahagian menu. Malah, ada yang mengatakan premis tersebut turut meletakkan notis ‘non halal food’ di hadapan kedai mereka.

Susulan isu yang semakin mendapat perhatian, pihak Lavender tampil memberikan penjelasan menerusi satu kenyataan di Facebook hari ini.

image is not available

Lavender Nafi Produk Bakeri Mengandungi Alkohol

Menurut kenyataan itu, Lavender mengakui bahawa premis mereka tidak memiliki pensijilan halal dan tidak pernah mendakwa diri mereka sebagai premis makanan halal.

Namun begitu, mereka menegaskan bahawa semua bahan digunakan diperoleh daripada pembekal yang mempunyai pensijilan halal.

“Produk bakeri kami tidak mengandungi alkohol. Kami menafikan sekeras-kerasnya dakwaan tersebut,” kata pihak Lavender.

image is not available

Lavender juga memaklumkan bahawa premis mereka memegang pensijilan Analisis Bahaya dan Titik Kawalan Kritikal (HACCP), sebagai bukti komitmen dalam mengekalkan piawaian keselamatan makanan dan kebersihan tertinggi.

image is not available

Menutup kenyataan tersebut, Lavender menyatakan mereka menghargai saranan orang ramai supaya memohon pensijilan halal dan perkara itu sedang dalam pertimbangan pihak pengurusan.

Sumber: Instagram Lavender Bakery Official