Lavrov tiba di Kemboja untuk Sidang Kemuncak Asia Timur

12 Nov 2022 • 3:41 PM MYT
The Sun Daily
The Sun Daily

For the latest news and features from Malaysia and the rest of the world.

image is not available

PHNOM PENH: Menteri Luar Rusia Sergey Lavrov (gambar) tiba di ibu negara Kemboja Phnom Penh untuk menyertai Sidang Kemuncak Asia Timur (EAS) pada Ahad, lapor wartawan Sputnik.

Ini adalah lawatan kedua Lavrov ke Kemboja dalam tempoh enam bulan selepas menghadiri mesyuarat peringkat menteri EAS pada Ogos di Phnom Penh

EAS merupakan forum tahunan ketua-ketua yang pada asalnya membabitkan16 negara di rantau Asia Timur, Asia Tenggara, Asia Selatan dan Oceania, selaras dengan mekanisme ASEAN Tambah Enam. Pada 2011, keanggotaan EAS diperluas kepada 18 negeri termasuk Amerika Syarikat dan Rusia.

Selepas mesyuarat di Phnom Penh, Lavrov akan menuju ke Bali, Indonesia untuk menyertai sidang kemuncak G20 yang berlangsung dari 15 hingga 16 Nov.

Presiden Rusia Vladimir Putin tidak akan menghadiri sidang kemuncak G20 di Indonesia menerusi sidang video ekoran jadualnya yang padat, kata jurucakap Kremlin Dmitry Peskov pada Jumaat.