“Lawan Semua Dengan Doa” – Masih Berdiam Diri Isu Anak Nikah Di Thailand, Abby Abadi Kongsi Petikan Ayat

Entertainment
8 Feb 2024 • 3:36 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Masih mendiamkan diri, Norman Hakim dan Abby Abadi belum bersuara atau memberikan respon tentang spekulasi pernikahan anak gadis mereka, Marissa Dania di Songkhla, Thailand bersama seorang lelaki bernama Aslam.

 

Hanya post IG story

Bagaimanapun, menerusi Instagram story Abby Abadi dilihat memuat naik satu petikan ayat dipercayai ditujukan kepada Marissa Dania berhubung isu perkahwinannya yang sedang hangat diperkatakan ketika ini.

Lawan semua dengan doa.

image is not available

Dalam pada itu, ruangan komen Abby juga dihujani dengan bermacam-macam komen negatif daripada netizen termasuklah di Instagram Norman Hakim juga.

 

Ucap tahniah dapat menantu

Ada yang turut meninggalkan komen sinis dengan memberi ucapan tahniah kepada Abby kerana baru sahaja menerima menantu lelaki.

Namun, ada yang turut mendoakan dan memberikan kata-kata semangat agar pelakon tersebut bersabar dengan dugaan ini apatah lagi ini merupakan kali kedua isu melibatkan anak gadisnya itu.

image is not available

Difahamkan, usaha pihak media untuk mendapatkan respon daripada Abby dan Norman masih belum berjaya memandangkan panggilan tidak dijawab dan mesej tidak dibalas.

image is not available 24 hours ago

Marissa Dania Tutup Komen, IG Abby Abadi & Norman Hakim 'Diserang' Netizen - "Mama Back Up Haritu, Last Last Anak Membelakangi Dia"