Sebelum ini kami melaporkan yang pelakon, Puteri Sarah Liyana dalam satu perkongsian di Instagram memaklumkan telah pun selesai memfailkan saman terhadap seorang pegawai pemasaran wanita yang dikenali sebagai Nazatul Nazira.
Notis tuntutan itu difailkan selepas wanita itu dipercayai telah menuduh Sarah menipu dalam urusan perniagaan.
Bukan tu jer, wanita itu juga telah menuduhnya mengambil bahan terlarang dan menanggung seorang lelaki bernama ‘Andy’.
Puteri Sarah telah saman fitnah sebanyak RM1 juta serta menuntut Nazira untuk membuat permohonan maaf secara terbuka kepadanya di media sosial kerana telah memburukkan namanya sebagai seorang selebriti dan usahawan.
Terbaru! Nazira tampil memberi respon mengenai tuntutan Puteri Sarah dengan berkata yang Allah S.W.T sentiasa ada dengannya di saat sukar ini.

Allah ada. Jadi tak perlu risau dengan kekalahan hari ini, kemenangan selamanya pasti tiba. Lawan tetap lawan
Nazira dikatakan masih belum melaksanakan tuntutan yang dikemukan Sarah terutamanya permohonan maaf telah dikecam teruk netizen menerusi komen-komen hantarannya di Instagram.
Kredit: Instagram Nazira
+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.


