Lawatan Kerja Menteri Pendidikan Tinggi Ke Jabatan Pendidikan Politeknik Dan Kolej Komuniti (JPPKK)

14 Dec 2022 • 9:50 AM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

image is not available

PUTRAJAYA, 13 Disember 2022 – Menteri Pendidikan Tinggi, Dato’ Seri Mohamed Khaled Nordin hari ini mengadakan lawatan kerja ke Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti (JPPKK). Turut hadir bersama-sama pada lawatan ini ialah Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi, Dato’ Haji Mohammad Yusof bin Apdal.

image is not available

YB Menteri memulakan lawatan beliau dengan mengunjungi tapak pameran di reruai Centre of Technology (COT) serta melihat pelbagai hasil produk jualan oleh pelajar politeknik dan kolej komuniti. Seterusnya, beliau turut diberikan taklimat yang disampaikan oleh Ketua Pengarah JPPKK, Dr. Haji Mohd Zahari bin Ismail.

Sebelum mengakhiri lawatan, YB Menteri turut melancarkan Buku Hala Tuju, Polisi dan Tatacara Pengkomersialan di politeknik dan kolej komuniti. Buku tersebut merupakan dokumen utama rujukan dan panduan kepada warga JPPKK, politeknik dan kolej komuniti untuk merancang, melaksana, memantau dan melapor aktiviti pengkomersialan produk. Disamping itu, buku ini juga meningkatkan kecekapan yang lebih efektif dalam perlaksanaan tugas dan tanggungjawab aktiviti pengkomersialan ke arah lebih holistik.

image is not availableimage is not available

Turut hadir pada sesi lawatan ini ialah Ketua Setiausaha Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) Dato’ Seri Abdul Razak bin Jaafar, Timbalan Ketua Setiausaha (Dasar) KPT, Dato’ Dr. Haji Megat Sany bin Megat Ahmad Supian, Timbalan Ketua Setiausaha (Pengurusan Dan Pembangunan) KPT, Datuk Dr. Mohd Zabri bin Yusoff serta pengurusan tertinggi KPT dan JPPKK.