Lawatan Rasmi: PM India Datang Malaysia Esok, KDN Minta Penganjur Tidak Teruskan Perhimpunan

LocalPolitics
6 Feb 2026 • 10:13 PM MYT
Borak Daily
Borak Daily

Curious & progressive. Bringing you the latest lifestyle & entertainment news

Orang ramai digesa supaya tidak mengadakan sebarang perhimpunan di tempat awam sepanjang tempoh lawatan rasmi Perdana Menteri India ke Malaysia pada 7 hingga 8 Februari ini.

Kementerian Dalam Negeri (KDN) memaklumkan, lawatan rasmi melibatkan ketua kerajaan India itu mencerminkan hubungan diplomatik yang kukuh serta saling menghormati antara Malaysia dan India.

PM India Datang Malaysia Esokimage is not available

Menurut KDN, pihaknya melalui pasukan polis bertanggungjawab menyusun semua persiapan keselamatan sempena lawatan berprofil tinggi itu bagi memastikan tiada sebarang insiden yang boleh mencetuskan kekacauan atau mengganggu ketenteraman awam.

“Sehubungan itu, orang ramai digesa tidak mengadakan sebarang perhimpunan di tempat awam sepanjang tempoh lawatan rasmi itu.
“Pihak polis juga akan berjumpa dengan penganjur perhimpunan dan meminta mereka memberi kerjasama tidak meneruskan perhimpunan yang dirancang,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

image is not available

Tegas KDN, sebagai kementerian yang dipertanggungjawabkan menjaga keselamatan dalam negara, pihaknya melalui Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan terus melaksanakan tugas secara profesional dan tegas.

image is not available

Langkah itu, menurut KDN, penting bagi menjamin keselamatan rakyat, kelancaran lawatan rasmi tetamu negara serta memastikan kestabilan dan keharmonian negara terus terpelihara sepanjang tempoh lawatan berkenaan.

Sumber: FB Kementerian Dalam Negeri (KDN)

The post Lawatan Rasmi: PM India Datang Malaysia Esok, KDN Minta Penganjur Tidak Teruskan Perhimpunan appeared first on Borak Daily.