Lawati jerayawara CelcomDigi di TRX dan berpeluang menang PlayStation 5 Slim

Digital
23 Feb 2024 • 6:00 PM MYT
SoyaCincau
SoyaCincau

For everything that matters in tech

image is not available

Sehingga 25 Februari 2024 ini, CelcomDigi mengadakan jerayawara 5G pertama mereka. Ia berlangsng di The Rain Tree Plaza, Tun Razak Exchange (TRX) dan ia terbuka kepada orang ramai.

image is not available

Pameran ini diadakan untuk mendemonstrasikan manfaat 5G kepada pengunjung dalam pelbagai aspek seperti pengkomputeran awan, Internet of Things (IoT), keselamatan, kesihatan, dan hiburan.

Anda juga boleh melihat pelbagai produk 5G daripada CelcomDigi dipertontonkan seperti CelcomDigi 5G Home WiFi dan Fibre-To-The-Room 1GB. Bolehlah anda pandu uji sebelum mengambil keputusan untuk melanggannya.

image is not available

Ruang pameran khas yang menayangkan produk keselamatan daripada Xiaomi seperti kamera keselamatan juga dipasang di sana malahan, jangan lepaskan peluang untuk melihat sendiri ROG Wi-Fi 7 Gaming Router yang belum pun dijual secara rasmi di Malaysia.

Selain pameran, ada beberapa promosi menarik berjalan di CelcomDigi 5G Experience Roadshow. Contohnya, pelanggan yang mendaftarkan diri untuk CelcomDigi Fibre 300Mbps boleh sertai cabutan bertuah berupa PS5 Digital (Slim). Mereka juga akan terima baucar Touch N Go bernilai RM100.

Untuk maklumat lanjut, anda boleh layari laman rasmi CelcomDigi.

Bacaan berkaitan