Lawrence Wong Angkat Sumpah Jadi Perdana Menteri Singapura Baru

16 May 2024 • 9:55 AM MYT
Borak Daily
Borak Daily

Curious & progressive. Bringing you the latest lifestyle & entertainment news

Lawrence Wong mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri Singapura yang baru selepas republik itu diketuai oleh Lee Hsein Loong selama dua dekad.

Memetik laporan Kosmo!, Wong yang merupakan bekas timbalan perdana menteri ditabalkan di pejabat kerajaan, Istana sejurus selepas pukul 8 malam (waktu tempatan).

Lawrence Wong Perdana Menteri baru Singapura

image is not available

Foto: Sinar Harian

“Kami akan menerajui (Singapura) dengan cara kami sendiri. Kami akan terus berfikir di luar kotak dan berfikiran jauh ke hadapan,” kata pemimpin berusia 51 tahun itu dalam ucapan pertamanya.

Sementara itu, ahli-ahli Kabinet Wong turut mengangkat sumpah termasuk Hsein Loong yang dilantik ke tugas penasihat kerajaan sebagai menteri senior.

Katanya, rakyat Singapura berdepan dengan dunia penuh konflik dan persaingan dengan isu ketegangan geopolitik, dasar perlindungan serta nasionalisme mungkin berlarutan selama bertahun-tahun.

image is not available

Foto: Bernama

“Kita perlu berani berdepan realiti ini dan menyesuaikan diri dengan dunia yang lebih kucar-kacir, lebih berisiko dan lebih ganas,” ujarnya.

Dalam pada itu, Wong yang menerima pendidikan di Amerika Syarikat itu dilihat sebagai pemimpin mesra media yang bijak menangani krisis Covid-19 ketika beliau menyelia pasukan petugas pandemik kerajaan sebelum ini.