Layanan buruk tahanan Palestin jadi ‘modal’ kempen Ben-Gvir

WorldPolitics
12 Aug 2026 • 3:02 PM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

Image from: Layanan buruk tahanan Palestin jadi ‘modal’ kempen Ben-Gvir

TEL AVIV: Menteri Keselamatan Negara Israel, Itamar Ben-Gvir, menjadikan layanan buruk terhadap tahanan Palestin sebagai bahan kempen pilihan raya selepas menyiarkan rakaman yang memaparkan keadaan penjara serta pertemuannya dengan seorang banduan.

Dalam rakaman itu, Ben-Gvir dilihat berdepan dengan tahanan Palestin yang mengadu mengenai makanan.

“Beginilah kami melayan musuh Israel, kamu tidak akan mendapat makanan lagi, saya tidak berasa kasihan terhadap kamu.

“Ini bukan hotel, kamu akan mati. Tidak berbaloi untuk melawan Israel; kamu tidak membangkitkan rasa kasihan dalam diri saya,” katanya.

Rakaman berkenaan digunakan dalam kempen politik Ben-Gvir untuk menonjolkan keadaan tahanan Palestin di bawah pentadbirannya menjelang pilihan raya Israel.

Kempen Ben-Gvir turut menerbitkan video dijana kecerdasan buatan (AI) yang memaparkan seorang tahanan Palestin dalam keadaan kurus kering dan kelihatan tertekan, duduk di atas lantai tanpa keperluan asas.

Imej itu berbeza dengan keadaan tahanan Palestin yang didakwa lebih baik sebelum Ben-Gvir memegang jawatan, sekali gus menguatkan dakwaannya sengaja memburukkan keadaan di penjara.

Rakaman terbaharu itu bukan kejadian terpencil. Awal bulan ini, Ben-Gvir turut menyiarkan satu lagi video yang memaparkan beliau berdepan dengan seorang tahanan wanita Palestin selepas dia mengadu mengenai kekurangan makanan dan air.

“Ini bukan hotel,” katanya kepada wanita berkenaan sambil menyifatkan penjara sebagai tempat untuk tahanan ‘memikirkan apa yang mereka lakukan’.

Ben-Gvir berulang kali menjadikan tindakan memperketatkan keadaan tahanan Palestin sebagai sebahagian daripada agenda politiknya, termasuk menyokong hukuman mati terhadap tahanan Palestin serta undang-undang yang membenarkan hukuman berkenaan dikenakan.

Beliau juga pernah memasuki penjara Israel untuk berdepan dengan tahanan Palestin berprofil tinggi. Pada 2025, satu rakaman menunjukkan beliau mengugut pemimpin Palestin yang dipenjarakan, Marwan Barghouti, ketika berada di dalam selnya.- AGENSI

 

The post Layanan buruk tahanan Palestin jadi ‘modal’ kempen Ben-Gvir appeared first on Utusan Malaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved