Lazada Mengingatkan Penjual Untuk Penyenaraian Dalam Bahasa Malaysia Berkuat-kuasa 24 Jun 2025 – Atau Penyenaraian Digantung

TechnologyDigital
19 Jun 2025 • 3:15 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Selari dengan peraturan KPDN, kini Lazada telah mula menghantar peringatan kepada para penjual, untuk melakukan penyenaraian dalam Bahasa Malaysia, menjelang penguat-kuasaan bermula 24 Jun 2025.

Dibawah peraturan ini, semua penjual perlu menyenaraikan produk mereka dalam Bahasa Malaysia, termasuk untuk tajuk produk dan juga penerangannya. Penjual boleh menambah bahasa lain sekiranya inginkan, tetapi semua diwajibkan untuk penyenaraian dalam Bahasa Malaysia.

image is not available

Lazada mengingatkan sekiranya penjual gagal mematuhi peraturan ini, penyenaraian produk mereka akan dikunci supaya tidak boleh dibeli. Disamping itu, Lazada turut akan kenakan markah demerit sehingga 48 mata atas akaun pengguna. 

Selain Lazada, atas perundangan KPDN, penjual individu akan dikenakan denda sehingga RM50,000 untuk kesalahan pertama atau penjara 3 tahun. Sementara untuk entiti korporat pula, akan dikenakan denda sehingga RM100,000 untuk kesalahan pertama.