Lazada Perkenal Kempen Harian: Beli Ikut Kategori, Jimat Tiap Hari

LocalSales & Promo
7 Aug 2025 • 5:31 PM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

Dunia eDagang di Malaysia terus berubah. Kalau dulu beli online hanya masa sale besar atau hujung bulan, kini ia sudah jadi keperluan harian. Data menunjukkan hampir 62% rakyat Malaysia yang aktif internet membuat pembelian dalam talian setiap minggu.

Melihat kepada perubahan ini, Lazada Malaysia tampil dengan inisiatif baharu, Kempen Harian Bertemakan Kategori, yang membawakan tawaran eksklusif mengikut keperluan harian pengguna.

Beli Ikut Hari, Jimat Sampai 70%

Setiap hari, pembeli boleh menikmati tawaran mengikut kategori tertentu lengkap dengan diskaun eksklusif, baucar menarik, dan produk terpilih daripada jenama terkenal. Contohnya:

  • LazMom Monday – Keperluan ibu & bayi (Neutrovis, Softlove, Buds Organic)
  • LazGadgets Tuesday – Gadget & aksesori (Logitech, Belkin)
  • LazBeauty Wednesday – Produk kecantikan asli 100% (Shu Uemura, Numbuzin)
  • LazHome Thursday – Perabot & barang dapur (MUJI, ZUS, La Gourmet)
  • LazActive & LazAuto Friday – Sukan & automotif (Trapo, Hypergear, Bosch)
  • LazFashion Saturday – Fesyen & aksesori (Ray-Ban, SNC, Samel)
  • LazMart, LazPharmacy & LazPets Sunday – Runcit, kesihatan & haiwan peliharaan

image is not available

Bukan Sekadar Jualan, Tapi Jadi Gaya Hidup

Kajian menunjukkan, pengguna kini lebih suka buat pembelian kecil tapi kerap mengikut keperluan harian. Malah, 51% pembeli memilih tawaran dan baucar sebagai faktor utama sebelum pembelian. Lazada menjawab keperluan ini dengan strategi “hari-hari ada promo”.

Sebagai contoh, LazMom Monday dikhususkan buat ibu bapa yang mahu beli barang bayi secara pantas dan jimat. Ini bukan sahaja bantu pengguna, malah memudahkan jenama untuk merancang stok dan promosi.

eDagang Fasa Baharu: Konsisten & Berbaloi

Lazada kini bukan hanya fokus pada 11.11 atau 12.12. Mereka bawakan sebab untuk pengguna datang semula setiap hari dengan:

  • Penghantaran percuma
  • Diskaun harian + baucar boleh digabung
  • Polisi pemulangan mudah
  • Penjimatan tambahan dengan Coins