Lazada & Shopee mula kutip LVG 10%, anda perasan kenaikkan harga?

2 Jan 2024 • 11:05 AM MYT
SoyaCincau
SoyaCincau

For everything that matters in tech

image is not available

Seperti yang dilaporkan dalam Disember 2024, platform-platform pembelian dalam talian mula mengenakan cukai 10% ke atas Low Value Goods (LVG). Melalui tinjauan ringkas, laman seperti AliExpress, Lazada, dan Shopee ada antara mereka menghantar mesej pop-up mengandungi pemberitahun tersebut sementara ada yang sekadar meletakkan mesej ringkas yang kecil di bahagian jumlah harga produk.

image is not available

Apakah cukai LVG?

Cukai memang dikenakan untuk sebahagian besar barangan import yang dibawa masuk. Walau bagaimanapun, pengecualian diberikan ke atas barang bernilai tidak melebihi RM500 (LVG) yang masuk melalui lapangan terbang antarabangsa.

Inilah yang ingin diubah kerajaan. Mereka ingin memansuhkan pengecualian yang telah dinikmati penjual luar sejak sekian lama. Dengan pemansuhan ini, semua penjual tak kiralah sama ada penjual tempatan ataupun luar negara akan menghadapi persaingan yang lebih adil.

Kesannya kepada kita yang gemar berbeli belah dalam talian adalah kita mungkin menyaksikan jurang harga produk yang lebih rapat antara yang dihantar dari luar negara berbanding yang dihantar dari dalam negara.

Bacaan berkaitan