LCS: Polis Rampas Telefon Rafizi Bantu Siasatan

3 Sep 2022 • 7:16 PM MYT
Getaran
Getaran

Menampilkan laporan semasa & terkini yang mencakupi pelbagai aspek kehidupan

image is not available
Rafizi (dua kiri) bercakap dengan media di luar IPD Sentul hari ini. - Gambar oleh Sonia Randhawa

KUALA LUMPUR - Timbalan Presiden PKR, Rafizi Ramli memaklumkan beliau memberi keterangan selama satu setengah jam berhubung isu projek Kapal Tempur Pesisir (LCS) di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sentul di sini, hari ini.

Katanya, sepanjang disoal siasat polis itu, beliau memberikan kerjasama penuh dan dilayan dengan baik.

Beliau berkata demikian kepada media selepas memberi keterangan.

Jelasnya, polis juga merampas telefon bimbitnya untuk membantu siasatan di bawah Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (CMA).

Rafizi disiasat mengikut Seksyen 233 CMA kerana berkongsi dan menyebarkan kandungan palsu, menyinggung perasaan dan mengancam serta Seksyen 500 Kanun Keseksaan kerana memfitnah.

Terdahulu, Rafizi dipanggil polis berhubung dakwaannya mengaitkan Abdul Latiff dengan seorang wanita dikenali Zainah Mohd Salleh.

Ia berikutan satu laporan polis dibuat pegawai kepada Abdul Latiff, Sayed Ahmad Muizzuddin Al Sayed Mohamad, yang menuntut tindakan tegas perlu diambil terhadap mantan Ahli Parlimen Pandan itu.

Rafizi sebelum ini mendakwa Zainab, wanita yang dikaitkan dalam laporan forensik LCS dengan dituduh menyeleweng jutaan peruntukan projek itu adalah isteri kepada Abdul Latiff.

Bagaimanapun, Abdul Latiff berulang kali menafikan pembabitannya dan mengenai kaitan dengan Zainab. - The Vibes, September 3, 2022

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved