
Kota Kinabalu: Catuan elektrik berterusan di Sabah mencerminkan perancangan amat buruk oleh Suruhanjaya Tenaga Persekutuan (ST) dan Sabah Electricity Sdn Bhd (SESB) pada masa lalu.
Naib presiden pusat Parti Liberal Demokratik (LDP) Sim Fui berkata selepas 60 tahun merdeka, Sabah hanya mempunyai 1,080 megawatt (MW) bekalan kuasa untuk seluruh negeri manakala Malaysia Barat mempunyai 25,962 MW dan Sarawak mempunyai 5,996 MW.
Ketua biro aduan awam parti itu berkata kekurangan di Sabah diburukkan lagi dengan penutupan empangan Pangi Tenom dan pengurangan kapasiti beberapa loji janakuasa bebas lain.

