Le Méridien Putrajaya Semarakkan Sambutan Deepavali Dengan ‘A Festival of Flavours’, Ketengahkan Sajian Warisan Kulinari India

LocalFood
22 Oct 2026 • 11:34 PM MYT
BuzzKini
BuzzKini

Laman Berita Social Malaysia

Sambutan Deepavali bukan sahaja sinonim dengan cahaya pelita dan kemeriahan perayaan, malah turut menjadi kesempatan untuk menikmati kepelbagaian hidangan tradisi yang diwarisi turun-temurun.

Meraikan keistimewaan itu, Le Méridien Putrajaya memperkenalkan kempen A Festival of Flavours dari 30 Oktober hingga 15 November 2026, dengan mengetengahkan sajian tradisi India serta pelbagai aktiviti sempena Pesta Cahaya.

Menerusi kempen ini, para tetamu berpeluang menikmati pengalaman kulinari yang menggabungkan cita rasa tradisional, layanan mesra dan suasana perayaan yang sesuai dikongsi bersama keluarga serta rakan-rakan.

Berteraskan semangat Deepavali, sambutan ini mencerminkan penghargaan Le Méridien Putrajaya terhadap kepelbagaian warisan budaya di Malaysia serta mengeratkan hubungan melalui pengalaman yang bermakna. Berteraskan falsafah jenama Savour the Good Life, para tetamu dijemput menghayati keindahan pertukaran budaya sambil menikmati hidangan yang lazat, layanan mesra serta pengalaman baharu yang dapat dikongsi bersama.

Aneka sajian tradisi India jadi tarikan

Antara tarikan utama “A Festival of Flavours” ialah aneka hidangan istimewa India di Latest Recipe, yang menampilkan keharuman rempah-ratus dan resipi tradisional yang istimewa.

Para tetamu boleh menikmati pelbagai hidangan tradisi India, termasuk

  • Biryani Golkonda, hidangan nasi beraroma dengan gabungan rasa yang kaya
  • Benne Dosa, tose tradisional India Selatan yang dimasak dengan mentega
  • Chingdi Macher, kari udang ala Bengal
  • Keema Kofta, bebola daging berempah
  • Murgh Makhani, hidangan ayam dalam kuah berkrim dan banyak lagi

Pelbagai manisan tradisional India turut disajikan sebagai pelengkap antaranya Halwa, puding lobak merah yang menyelerakan; Rasmalai, bebola keju lembut yang direndam dalam susu manis; dan Channa Dal Payasam, puding manis berasaskan kacang dal, yang pasti menambahkan lagi kemanisan dan keistimewaan pengalaman menjamu selera.

Image from: Le Méridien Putrajaya Semarakkan Sambutan Deepavali Dengan ‘A Festival of Flavours’, Ketengahkan Sajian Warisan Kulinari India
Image from: Le Méridien Putrajaya Semarakkan Sambutan Deepavali Dengan ‘A Festival of Flavours’, Ketengahkan Sajian Warisan Kulinari India
Image from: Le Méridien Putrajaya Semarakkan Sambutan Deepavali Dengan ‘A Festival of Flavours’, Ketengahkan Sajian Warisan Kulinari India

Le Meridien turut adakan pelbagai aktiviti menarik

Selain menikmati hidangan istimewa, tetamu juga boleh menyertai pelbagai aktiviti menarik untuk seisi keluarga yang diadakan di sekitar hotel bagi memeriahkan sambutan Deepavali.

Tetamu cilik boleh menyerlahkan kreativiti mereka menerusi aktiviti mewarna yang diinspirasikan oleh seni hiasan kolam di sudut khas kanak-kanak.

Para tetamu turut disambut dengan hiasan kolam berwarna-warni yang menghiasi ruang lobi hotel, sekali gus menyerlahkan suasana perayaan Deepavali. Setiap tetamu akan menerima manisan tradisional India, sebagai cenderahati sempena sambutan ini.

Hotel anjur upacara penyalaan pelita pada 30 Oktover

Bagi memulakan sambutan, hotel ini akan menganjurkan upacara khas penyalaan pelita Deepavali pada 30 Oktober 2026. Kakitangan hotel akan mengenakan busana tradisional India dan menyalakan pelita minyak yang dikenali sebagai diya di sekeliling hiasan kolam yang indah di ruang lobi. Upacara ini melambangkan cahaya mengatasi kegelapan sebagai lambang kemenangan kebaikan mengatasi kejahatan,  sebuah tradisi penting dalam budaya masyarakat India.

“A Festival of Flavours” berlangsung dari 30 Oktober hingga 15 November 2026, manakala bufet Deepavali akan diadakan dari 1 hingga 15 November 2026 di Latest Recipe, Le Méridien Putrajaya.

Para tetamu boleh menikmati Bufet Brunch dari 12:00 tengah hari hingga 3:30 petang dengan harga RM168 bagi setiap orang dewasa dan RM84 bagi setiap kanak-kanak.

Bufet Makan Malam pula ditawarkan dari 6:30 petang hingga 10:30 malam, dengan harga RM198 bagi setiap orang dewasa dan RM99 bagi setiap kanak-kanak.

Para tetamu digalakkan membuat tempahan awal. Untuk pertanyaan atau tempahan, sila hubungi +6012-823-4101 atau layari laman tempahan di [SINI].

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved