LE SSERAFIM Dikecam Lagi, Dituduh Lip Sync Semasa Persembahan Coachella Minggu Kedua

Music
22 Apr 2024 • 3:50 PM MYT
Borak Daily
Borak Daily

Curious & progressive. Bringing you the latest lifestyle & entertainment news

image is not available

Penyanyi kumpulan K-pop terkenal, LE SSERAFIM kembali tampil di Coachella 2024 untuk menjayakan persembahan bagi minggu kedua, semalam.

Mereka berhadapan dengan tekanan yang tinggi disebabkan oleh kritikan berhubung persembahan mereka pada minggu pertama yang lalu.

Memetik laporan Koreaboo, walaupun mereka seperti menunjukkan prestasi yang lebih baik, penonton dengan cepat menyedari bahawa mereka telah memaparkan backing track mereka (track AR) untuk menstabilkan prestasi mereka sehingga membuat penonton antarabangsa bertindak mengecam tindakan kumpulan itu, sekali gus menuduh mereka lip sync.

Untuk penonton Korea, mereka menyatakan ketika gadis-gadis itu mempersembahkan lagu ‘Smart’ dengan backing track, mereka dapat melihat dengan jelas bahawa mereka hanya menggerakkan bibir dan suara mereka tenggelam disebabkan muzik latar yang terlalu kuat.

Memandangkan ‘Smart’ dianggap sebagai salah satu lagu yang mudah didengari, netizen meluahkan rasa yang sangat kecewa dengan keputusan kumpulan tersebut untuk menggunakan backing track dan lipsync.

image is not available

Foto: Hallyu+

Coachella merupakan festival muzik yang terkenal dengan persembahan secara live, di mana pengunjung festival boleh menikmati suasana dan menikmati persembahan yang lebih dinamik.

Dalam pada itu, ramai penonton yang kecewa dengan tindakan LE SSERAFIM yang dikiran memutuskan untuk mengambil ‘jalan mudah’ bagi mengelakkan lebih banyak kritikan dilemparkan ke atas mereka.

Sumber: Koreaboo