Leapmotor B10 Baru Dilancar, Sudah Terima Lebih 15,000 Tempahan

TechnologyCars
12 Mar 2025 • 11:15 AM MYT
Carz Automedia
Carz Automedia

Latest automotive news & review in one place.

image is not available

image is not available

Crossover elektrik baharu, Leapmotor B10 yang merupakan jenama NEV China baru sahaja dilancarkan secara rasminya di China baru-baru ini.

Apa yang mengejutkan, dalam masa sejam selepas pelancaran, pra-tempahan Leapmotor B10 sudah mencecah sebanyak 15,010 unit.

Ia hadir dalam lima varian dimana harga yang ditawarkan adalah bermula dari 109,800 yuan (RM67,000).

Malah, ketibaan Leapmotor B10 turut menghiasi tajuk utama kerana ia merupakan kereta pertama yang hadir dengan sensor LiDAR berharga di bawah 120,000 yuan (RM73,000).

Dari segi dimensi, B10 berukuran 4,515 mm panjang, selebar 1,885 mm dan tinggi 1,655 mm manakala jarak roda 2,735 mm.

image is not availableimage is not available

Menjengah luarannya, rekaanya agak model kerana hadir dengan lampu LED jenis nipis, ada sensor LiDAR atas bumbung, pemegang pintu jenis tersembunyi dan hanya ada satu bar lampu belakang.

Menjengah bahagian kabinnya, ia menampilkan infotainmen terapung bersaiz 14.6 inci, ada instrumen LCD 8.8 inci, pengecas tanpa wayar dan konsol tengah yang agak unik.

B10 ditawarkan dalam dua pilihan trenkuasa. Varian standard didatangkan moto elektrik tunggal dimana ia mampu menghamburkan kuasa setakat 132 kW (177 HP). Varian ini disumbat dengan bateri berkapasiti LFP 56.2 kWj, dimana ia menawarkan jarak perjalanan sejauh 510 km.

image is not available

Model ini juga hadir dengan 26 fungsi ADAS, termasuk sistem parkir pintar dan mampu mengelak halangan.

Dikhabarkan, Leapmotor B10 memasuki segmen yang sangat kompetitif, kerana mampu menyaingi pesaingnya seperti BYD Atto 3.

Ini kerana B10 dilihat mempunyai kelebihan kerana hadir dengan sensor LiDAR.

image is not available

Maka, tidak hairanlah mengapa 73% pelanggan awal yang memilih varian LiDAR, menunjukkan bahawa pembeli melihat kereta itu dilengkapi dengan ciri canggih kerana kebiasaannya ciri itu dikhaskan untuk model yang lebih mahal.

Apapun, Leapmotor berjaya meletakkan B10 sebagai EV yang mesra bajet serta sarat dengan pelbagai ciri teknologi.