Leapmotor B10 Kini Boleh Ditempah – Anggaran Dari RM110K

Cars
17 Nov 2025 • 1:15 PM MYT
Carz Automedia
Carz Automedia

Latest automotive news & review in one place.

image is not available

image is not available

Leapmotor Malaysia hari ini secara rasmi mengumumkan bahawa tempahan bagi kenderaan elektrik (EV) baharu, Leapmotor B10, kini dibuka kepada umum. SUV crossover segmen C keluaran syarikat automotif China yang disokong oleh Stellantis ini dijadualkan akan dilancarkan secara rasmi pada bulan Disember tahun ini. 

image is not available

Poster pengumuman tempahan itu memaparkan anggaran harga yang agak menarik iaitu antara RM110,000 hingga RM120,000. Harga ini meletakkannya sebagai pesaing sengit dalam SUV segmen C khususnya kepada model seperti BYD Atto 3, MG S5 EV dan Proton e.MAS 7. 

Spekulasi CKD Di Gurun 

Menurut Leapmotor Malaysia, dua varian akan ditawarkan, dengan spekulasi kemungkinan pemasangan secara tempatan (CKD) Leapmotor B10 melalui rakan kongsi, Stellantis Malaysia, di kilang pemasangannya di Gurun, Kedah. 

Rancangan CKD ini merupakan satu langkah penting agar jenama kekal kompetitif memandangkan pelepasan cukai kenderaan pemasangan lengkap atau import (CBU) oleh kerajaan akan tamat pada 31 Disember. 

Kepastian mengenai strategi pemasangan ini akan diketahui semasa pelancaran rasmi model ini bulan hadapan.

Insentif Ditawarkan: Pengecas Dinding Percuma & Rebat Tunai

Leapmotor Malaysia menawarkan insentif menarik untuk tempahan awal yang kini dibuka dengan bayaran hanya RM80. 200 pelanggan pertama yang menempah Leapmotor B10 berpeluang memilih sama ada pengecas dinding percuma atau pelan servis percuma, di samping rebat tunai sehingga RM8,000.

Jarak Maksimum Cecah 460 KM

image is not availableimage is not availableimage is not availableimage is not availableimage is not availableimage is not available

Leapmotor Malaysia tidak mendedahkan spesifikasi teknikal model ini secara terperinci, tetapi yang pasti ia dibangunkan di atas platform serba baharu, LEAP3.5 dan dilengkapi pek bateri 67.1 kWj yang menjanjikan jarak pemanduan sehingga 460 k  (WLTP).

B10 turut menjanjikan kepraktikalan yang tinggi sebagai sebuah SUV segmen C dengan kapasiti but standard 420 liter, ini boleh dikembangkan lagi sehingga 1,415 liter apabila tempat duduk belakang dilipat. 

Sekiranya anda berminat, tempahan boleh dibuat di mana-mana cawangan pengedaran sah di seluruh negara atau melalui pendaftaran minat secara dalam talian.

image is not available