Leapmotor Catat Prestasi Luar Biasa Sebagai Jenama Baharu, 293,00 Unit Pada 2024

TechnologyCars
23 Jan 2025 • 3:45 PM MYT
Carz Automedia
Carz Automedia

Latest automotive news & review in one place.

image is not available

image is not available

Leapmotor catat prestasi jualan yang memberangsangkan tahun lalu

Jenama automotif China, Leapmotor, telah mencatat prestasi memberangsangkan pada tahun 2024 meskipun kehadirannya masih baru di kebanyakan pasaran global, termasuk Malaysia. Dalam kenyataan media yang dikeluarkan baru-baru ini, Leapmotor memaklumkan bahawa mereka berjaya mencapai jumlah jualan sebanyak 293,724 unit sepanjang tahun lalu, sekali gus mengukuhkan kedudukannya sebagai salah satu jenama kenderaan tenaga baharu (NEV) terkemuka di China.

Peningkatan ini didorong oleh lonjakan jualan di pasaran domestik China, dengan 42,517 unit terjual hanya dalam tempoh sebulan pada bulan Disember 2024. Angka ini merupakan peningkatan 128% secara tahunan (YoY), menjadikan Leapmotor berada di kedudukan ketiga dalam kalangan syarikat permulaan NEV sedekad lalu, dan ketujuh dalam kalangan semua jenama NEV China dari segi jualan.

Perkembangan Global Yang Pesat

image is not availableimage is not available

Leapmotor terjual sebanyak 293,724 unit sepanjang tahun lalu

Tahun 2024 juga menyaksikan Leapmotor memperluaskan kehadirannya di peringkat antarabangsa. Jenama ini kini mempunyai 410 pusat jualan dan berjaya memperoleh lebih 3,165 tempahan di peringkat global.

Di luar negara, Leapmotor dipasarkan melalui Leapmotor International, sebuah kerjasama 51:49 yang ditubuhkan bersama gergasi automotif global Stellantis pada Oktober 2023. Sejak pembentukannya, Leapmotor kini bertapak di lebih 25 pasaran antarabangsa.

Melalui kerjasama dengan Stellantis, Leapmotor International menyasarkan untuk meningkatkan jumlah jualannya kepada 500,000 unit pada tahun 2025. Antara faktor utama yang menyokong sasaran ini ialah model SUV elektrik Leapmotor C10, yang kini dieksport ke hampir semua pasaran antarabangsa Leapmotor.

Leapmotor C10 Di Malaysia

image is not availableimage is not availableimage is not availableimage is not availableimage is not availableimage is not available

Leapmotor C10 dilancarkan di Malaysia tahun lalu pada harga RM159,000

Di Malaysia, Leapmotor C10 diperkenalkan pada Oktober 2023 dengan hanya satu varian iaitu ‘Design’. SUV elektrik segmen D ini dilengkapi bateri LFP berkapasiti 69.9 kWj, dengan satu motor elektrik yang menyalurkan kuasa sebanyak 215 hp (218 ps) dan tork 320 Nm kepada roda belakang. Dengan cas penuh, Leapmotor C10 boleh mencapai jarak perjalanan sehingga 424 km berdasarkan penilaian WLTP.

Rebat Sempena Tahun Baharu Cina

Buat masa ini, Leapmotor C10 ditawarkan di pasaran pada harga RM159,000. Semasa pelancaran, pelanggan yang membuat tempahan sebelum 30 November 2024 layak menerima rebat istimewa sebanyak RM10,000. Kini, rebat ini kembali sebagai sebahagian daripada kempen jualan Tahun Baharu Cina oleh Stellantis Malaysia.

image is not available