Lebih 1,000 kanak-kanak Palestin dipotong tangan, kaki sejak serangan

15 Jan 2024 • 6:10 PM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

TEHRAN, 15 JAN: Lebih 1,000 kanak-kanak Palestin di Gaza terpaksa diamputasi selepas mengalami kecederaan parah akibat serangan tentera rejim Zionis di Semenanjung Gaza dalam tempoh 100 hari lepas, menurut Tabung Kanak-Kanak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (Unicef) pada Isnin.

Jurucakapnya James Elder berkata bantuan kemanusiaan adalah terlalu sedikit dan agak sukar untuk menyediakan perkhidmatan bantuan dan ada pesakit yang meninggal dunia kerana kekurangan ubat, lapor Agensi Berita Iran (IRNA).

“Risiko yang tidak boleh diterima ini berlaku pada ketika sistem makanan dan kesihatan di Semenanjung Gaza sedang di ambang keruntuhan.

“Lebih 80 peratus kanak-kanak mengalami kemiskinan makanan yang teruk dan lebih dua pertiga hospital tidak lagi berfungsi kerana kekurangan bahan api, air dan bekalan perubatan penting atau kerana mereka mengalami kerosakan teruk dalam serangan,” katanya.

-BERNAMA-IRNA

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved