Lebih 1.2 juta daftar PADU

18 Jan 2024 • 10:51 AM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Angka terkini pendaftaran PADU di seluruh negara.

PUTRAJAYA- Pendaftaran Sistem Pengkalan Data Utama (PADU) meningkat kepada 1,214,859 orang setakat Rabu.

Daripada jumlah itu, rakyat Selangor merekodkan pendaftaran tertinggi iaitu 243,851 disusuli Sarawak (137,036) dan Johor (128,193).

Labuan pula merekodkan pendaftaran terendah iaitu 3,258 orang.

Sistem PADU dibuka pendaftaran kepada rakyat Malaysia berumur 18 tahun ke atas bermula 2 Januari lalu sehingga 31 Mac ini bagi membolehkan orang ramai mengemas kini serta mengesahkan 39 item maklumat peribadi seperti nombor kad pengenalan, bilangan isi rumah dan alamat.

Ia mengandungi profil individu dan isi rumah meliputi warganegara dan pemastautin tetap di Malaysia, merupakan pangkalan data sosio ekonomi negara yang bersepadu dengan menggabungkan data dari jabatan dan agensi kerajaan bagi memberikan gambaran seadilnya mengenai kedudukan sosio ekonomi setiap isi rumah rakyat Malaysia.

"Tahniah kepada anda semua yang telah mendaftar dan menjadi sebahagian daripada yang menjayakan pelaksanaan PADU," kata pengendali laman Facebook sistem itu pada Khamis.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved