
Lebih 1.3 Juta ARMY 'Berperang' Rebut Tiket BTS
Kumpulan K-Pop terkenal dari Korea Selatan yang terdiri dari tujuh orang ahli, BTS, sememangnya telah mencetuskan satu fenomena besar di seluruh dunia.
Dikenali dengan muzik yang berkualiti, koreografi bertenaga serta lagu-lagu yang mempunyai pelbagai mesej, BTS berjaya menarik perhatian jutaan peminat global yang dikenali sebagai ARMY.
Sebelum ini, BTS telah mengumumkan akan bertemu peminat di Malaysia pada tanggal 12 dan 13 Disember tahun ini menerusi jelajah BTS World Tour 'Arirang'.
Kehangatan konsert tersebut semakin dirasai apabila rata-rata peminat mereka, ARMY, mula berebut untuk mendapatkan tiket masing-masing yang dijual hari ini.
Untuk makluman, tiket yang dijual hari ini bukanlah untuk jualan umum. Sebaliknya, hanya untuk peminat keahlian sahaja (Army Membership Presale).
Peminat mula berperang sebelum jam 11 pagi
Menurut tinjauan di media sosial, orang ramai sudah mula melayari laman web jualan di Go Live sebelum jam 11 pagi lagi. Malah, ada yang sanggup menunggu selama empat jam bagi mendapatkan tiket tersebut.
Salah seorang pengguna Threads @errielna turut menunjukkan situasi kafe siber yang dipenuhi dengan ARMY yang sudah mula bersedia untuk 'berperang' bagi mendapatkan tiket.

Bukan itu sahaja, tinjauan lain juga mendapati ada segelintir peminat yang sudah berada di kafe siber seawal jam 8 pagi lagi demi mendapatkan giliran paling awal.

BTS Sahkan Konsert “BTS World Tour 2026” Di Malaysia Pada Disember Ini
Kemunculan BTS Tarik 50,000 Peminat Di Mexico, Buat Ramai Tak 'Keruan'
ARMY Malaysia monopoli sistem pembelian tiket
Malah, menerusi perkongsian dari Go Live Asia di Instagram, seramai 1.3 juta peminat sedang menanti peluang untuk mendapatkan tiket mereka. Bukan itu sahaja, peminat Malaysia juga dilihat telah memonopoli sistem pembelian tiket tersebut.
"Malaysian Army, looks like you are winning this batte. No competetion," kongsi Go Live Asia.

Konsert tersebut juga dijangka akan berlangsung selama dua hari dan akan diadakan di Stadium Nasional TM. Malah, dalam tempoh kurang beberapa jam, tiket tersebut sudah habis terjual.
Untuk yang ingin mencuba mendapatkan tiket, orang ramai boleh mendapatkan tiket pada 5 Jun, seawal jam 11 pagi.



