Lebih 1,500 Haval H6 HEV Ditempah Kurang Sebulan – Terlaris Di China, Kini Laris Di Malaysia

LocalCars
8 Nov 2024 • 4:45 PM MYT
Carz Automedia
Carz Automedia

Latest automotive news & review in one place.

image is not available

image is not available

GWM Malaysia hari ini mengumumkan bahawa model terbarunya, GWM Haval H6 HEV, telah berjaya mengumpulkan lebih 1,500 tempahan dalam tempoh kurang sebulan sejak pelancaran rasminya.

Penghantaran 200 Unit Awal CKD kepada Pelanggan

Selain daripada jumlah tempahan yang memberangsangkan, GWM Malaysia turut memaklumkan bahawa pihaknya telah berjaya menyerahkan 200 unit Haval H6 HEV versi pemasangan tempatan (CKD) kepada pelanggan. Untuk makluman pembaca, SUV segmen C hibrid ini dilancarkan pada awal Oktober dan ditawarkan dalam hanya satu varian pada harga RM139,800.

Teknologi Hibrid dengan Ciri Unik

image is not availableimage is not availableimage is not availableimage is not available

Haval H6 HEV dibangunkan dengan teknologi hibrid yang canggih dan unik, berbeza dengan pesaingnya. Teknologi ini terdiri daripada enjin 1.5 liter 4 silinder turbo, transmisi hibrid khas 2 kelajuan (DHT), dan bateri kompak 1.6 kWj. Secara keseluruhannya, sistem ini mampu menghasilkan output yang terbaik dalam segmen iaitu sebanyak 240 hp (243 ps) dan 530 Nm, dengan kadar penggunaan bahan api yang efisien, iaitu 5.8 liter/100 km.

Kejayaan Permintaan Pasaran Malaysia

image is not availableimage is not availableimage is not available

GWM Malaysia menyatakan bahawa angka jualan awal ini bukan sahaja membuktikan permintaan yang tinggi terhadap jenama ini dalam pasaran tempatan, tetapi juga mencerminkan komitmen GWM untuk mengukuhkan kehadirannya di Malaysia dengan menawarkan kenderaan berkualiti tinggi pada harga yang berpatutan.

Pendekatan ini berlandaskan strategi perniagaan jangka panjang global GWM, yang disokong oleh empat teras utama, ‘Dibina Secara Tempatan’, ‘Dikendalikan Secara Tempatan’, ‘Dibangunkan Secara Tempatan’ dan ‘Rantaian Bekalan Bersepadu’.

Pakej Selepas Jualan yang Menarik

image is not available

Turut menyumbang kepada populariti model ini adalah pakej selepas jualan yang komprehensif. Semasa pelancarannya, GWM Malaysia menawarkan pakej penyelenggaraan percuma selama 5 tahun (termasuk alat ganti dan kos buruh) kepada pembeli Haval H6 HEV. Selain itu, pemilik kenderaan yang pertama (first-hand) turut menerima jaminan enjin selama 10 tahun atau sehingga 1 juta km serta jaminan sistem hibrid (HEV) selama 8 tahun atau 1 juta km.