Lebih 1,500 orang hadir ceramah perpaduan di Hulu Kelang bersama PM

7 Aug 2023 • 12:38 AM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

image is not available
1

Oleh Shamz Johan

AMPANG JAYA, 6 OGOS: Lebih 1,500 penduduk hadir di ceramah perpaduan DUN Hulu Kelang bersama Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim di padang bola sepak Taman Permata malam ini.

Program dimulakan dengan ucapan Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh diikuti Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil sebelum calon Hulu Kelang, Juwairiya Zulkifli yang disambut sorakan gemuruh naik ke pentas.

Deruman konvoi motosikal dan laungan reformasi penyokong pelbagai bangsa mengiringi ketibaan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim jam 11 malam.

Artis tempatan seperti Amir Jahari dan Hattan turut menghiburkan penonton dengan persembahan mantap pada kemuncak program.

Turut hadir calon Bukit Lanjan, Pua Pei Ling selain Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO, Dato’ Lokman Adam dan Setiausaha Agung Parti Amanah Negara, Dr Hatta Ramli.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved