Lebih 1.8 juta batang rokok seludup dirampas

28 Sep 2022 • 1:33 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

LAHAD DATU: Pasukan Gerakan Am (PGA) Batalion 17 Lahad Datu telah berjaya merampas 103 kotak dan 288 plastik mengandungi lebih 1.8 juta batang rokok dipercayai rokok seludup, Isnin.

Pemangku Ketua Polis Daerah, Superintendan Azmir Abd Razak dalam satu sidang media, Selasa berkata bertindak atas maklumat penyeludupan rokok, sepasukan polis daripada Unit Task Force Batalion 17 telah menahan sebuah lori jenis Mitsubishi Fuso lebih kurang jam 7.15 pagi, di tepi Jalan Jeroco.

Azmir berkata, hasil pemeriksaan ke atas lori berkenaan telah menemui pelbagai jenama rokok yang dipercayai rokok seludup dan tanpa cukai Kastam di ruang belakang lori berkenaan.

“Susulan daripada itu, kita telah merampas 1,823,680 batang rokok pelbagai jenama dan lori berkenaan yang keseluruhannya dianggarkan bernilai RM323,000.

“Kami turut menahan pemandu lori dan kelindan lori berkenaan. Kedua-dua suspek tersebut merupakan lelaki tempatan berusia 41 tahun,” katanya.

Azmir berkata, siasatan awal mendapati bahawa rokok seludup berkenaan dipercayai dibawa dari Tawau untuk dihantar ke Sandakan.

Katanya, kes itu akan disiasat di bawah Seksyen 135(1)(e) Akta Kastam 1967.

Jika sabit kesalahan, tertuduh boleh dikenakan hukuman denda tidak kurang 10 kali ganda nilai harga barang atau RM100,000 yang mana lebih tinggi dan tidak lebih dari 20 kali ganda nilai harga barang atau RM500,000 yang mana lebih tinggi, atau penjara tidak kurang dari enam bulan atau tidak lebih lima tahun atau kedua-duanya sekali.

* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.