Lebih 10,000 hadir! Skuad Sarong BSN turut meriahkan Keretapi Sarong 2024

LocalEntertainment
14 Sep 2024 • 6:03 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Skuad Sarong BSN memeriahkan acara Keretapi Sarong 2024 sempena ulang tahun ke-50 BSN dan Hari Malaysia yang diadakan di Kuala Lumpur pada Sabtu.

BSN yang juga rakan kolaborasi acara bertemakan ‘Bangga Malaysia’ itu mengambil bahagian dalam program ‘station take over’ dengan disertai oleh artis jemputan Hael Husaini.

Skuad Sarong BSN turut meriahkan Keretapi Sarong 2024

image is not available

Pengurusan BSN bersama Hael Husaini

“Skuad Sarong BSN bersama Hael menaiki tren dari stesen LRT Gombak menuju ke stesen LRT KLCC sebelum berarak ke lokasi berkumpul iaitu di Lanai @ MaTiC,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Turut menyertai perarakan tersebut ialah kumpulan buskers, pasukan kompang, dikir barat, silat selain terdapat juga pelbagai aktiviti menarik termasuk kuiz dengan tawaran hadiah eksklusif.

Sementara itu, BSN menyifatkan penyertaan mereka dalam Keretapi Sarong 2024 sebagai penghargaan kepada 50 tahun khidmat BSN kepada komuniti seluruh negara.

image is not available

Kakitangan BSN mengekspresikan semangat patriotik mereka

“Dalam acara ini, kami bangga mempersembahkan evolusi pakaian seragam BSN sejak tahun 1980-an hingga kini yang menampilkan bunga kebangsaan negara, bunga raya.

“Pemakaian sarung yang melangkaui generasi ini turut diperkasakan dengan elemen bunga raya sekali gus menambahkan lagi simbol penting dalam acara berkenaan,” ujar BSN lagi.

image is not available

Kakitangan memperagakan pakaian seragam BSN

Menerusi kerjasama itu, BSN berharap dapat menyampaikan mesej perpaduan dan memberi inspirasi kepada rakyat Malaysia bagi mengambil bahagian dalam acara yang menggalakkan penglibatan komuniti.

Acara anjuran LOCCO itu dihadiri kira-kira lebih 10,000 rakyat Malaysia yang menaiki pengangkutan awam seperti transit aliran ringan (LRT), transit aliran massa (MRT) dan KTM Komuter dengan memakai kain sarung batik atau pelikat.

image is not available

Lebih 10,000 rakyat Malaysia hadir ke acara Keretapi Sarong 2024

image is not available

Peserta tetap berdiri teguh meskipun cuaca panas

Dalam perhimpunan tersebut, para peserta mengenakan busana tradisional daripada pelbagai kaum serta etnik sambil menunjukkan rasa cinta terhadap tanah air dengan menyanyi lagu-lagu patriotik dan rakyat.

image is not available

Persembahan seni di Lanai @ MaTiC

Hadir sama ke acara edisi tahun kelapan itu ialah Ketua Pegawai Perniagaan BSN, Mujiburrahman Abdul Rashid, barisan pengurusan tertinggi dan kakitangan BSN.

image is not available

Ketua Pegawai Perniagaan BSN, Mujiburrahman Abdul Rashid