Lebih 100,000 Murid Tahun Satu Belum Kuasai 3M – KPM

LocalPolitics
7 Oct 2024 • 5:43 PM MYT
Borak Daily
Borak Daily

Curious & progressive. Bringing you the latest lifestyle & entertainment news

Kementerian Pendidikan Malaysia memaklumkan lebih 100,000 murid tahun satu, sesi akademik tahun ini masih belum menguasai kemahiran membaca, menulis dan mengira (3M).

image is not available

Foto: BERNAMA

Menurut laporan malaysiakini, Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek menyatakan beberapa faktor utama isu tersebut, termasuk kesan pandemik COVID-19 terhadap pembelajaran, isu kemiskinan selain melibatkan anak-anak berkeperluan khas.

“Angka ini sifatnya dinamik. Sebaik saja mereka menguasai melalui intervensi yang dibuat baik di peringkat negeri mahu pun di peringkat persekutuan serta program Anak Kita, nombor ini akan berubah dan bertambah baik,” katanya.

image is not available

Foto: malaysiakini

Beliau berkata demikian pada satu sidang media selepas merasmikan Program Tekad Reformasi Pendidikan yang julung kali diadakan dengan kerjasama KPM dan kerajaan Selangor hari ini.

Program Intervensi Literasi dan Numerasi turut dijalankan bermula Ogos lalu bagi membantu pelajar menguasai kemahiran 3M tersebut.

Fadhlina berkata, Tekad Reformasi Pendidikan pula merupakan satu inisiatif menyokong usaha memperkasa pendidikan di Selangor, sejajar dengan usaha reformasi pendidikan dilaksakan KPM dengan tujuan mengukuhkan kedudukan Selangor sebagai negeri utama yang menyediakan pendidikan berkualiti, dengan tumpuan khusus terhadap pembangunan modal insan dan inovasi dalam pendidikan.

Sumber: malaysiakini

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved