Lebih 100kg sampah dikutip di Air Terjun Serendah

LocalEnvironment
18 May 2025 • 9:54 AM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Lebih 100kg sampah berjaya dikutip di sekitar Air Terjun Serendah yang terdiri daripada sisa seperti lampin bayi, bahan logam, plastik, kaca dan sebagainya. Foto: Facebook MPHS

image is not available
Lebih 100kg sampah berjaya dikutip di sekitar Air Terjun Serendah yang terdiri daripada sisa seperti lampin bayi, bahan logam, plastik, kaca dan sebagainya. Foto: Facebook MPHS

HULU SELANGOR - Sebanyak 111.30 kilogram (kg) sampah telah dikutip di sekitar kawasan rekreasi Air Terjun Serendah menerusi program Kempen Sayangi Sungai.

Majlis Perbandaran Hulu Selangor (MPHS) memaklumkan, antara sisa yang berjaya dikumpul termasuk lampin bayi, bahan logam seperti besi dan tin, plastik sekali guna, botol plastik, kaca, kertas, polisterin, fabrik dan lain-lain.

“Semua sisa ini dikumpul terlebih dahulu, kemudian diasingkan mengikut jenis dan ditimbang di akhir program ini.

“Hasil kutipan sisa akan direkodkan sebagai salah satu usaha untuk memantau jumlah sampah yang berjaya dikurangkan di kawasan air terjun ini.

**media[3129847]**

“Program ini telah dihadiri oleh pelbagai lapisan masyarakat termasuk sukarelawan alam sekitar, wakil daripada Kolej Komuniti Hulu Selangor serta kakitangan MPHS,” katanya menerusi hantaran di Facebook pada Sabtu.

Untuk rekod, program tersebut merupakan anjuran MPHS Bahagian Kelestarian dan Kesejateraan Komuniti (KesKom), Jabatan Jabatan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (JPSPPA) dan Plogging Plus bersama rakan strategik, Sustainable Solution.

Dalam pada itu, MPHS berkata, pihaknya berharap agar program seumpama itu dapat menyemai budaya cintakan alam sekitar, khususnya di kawasan rekreasi yang menjadi tumpuan ramai.

“Kawasan ini merupakan harta bersama yang perlu dipelihara oleh semua. MPHS percaya dengan kerjasama semua pihak, kita mampu memperkukuh usaha menjaga kebersihan sungai demi kesejahteraan bersama,” ujarnya.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved