Lebih, 10K calon SPM 2023 tidak hadirkan diri, apa sudah jadi?

27 May 2024 • 6:03 PM MYT
The Reporter
The Reporter

Malay site offers reporting updates and viral community news from Malaysia

image is not available

Keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2023 telah dikeluarkan secara rasmi pada hari ini.

Menurut Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM), keputusan pada tahun ini mencatatkan pencapaian lebih baik dengan Gred Purata Nasional (GPN) 4.60, berbanding 4.74 pada 2022.

Ketua Pengarah Pendidikan, Azman Adnan, berkata seramai 11,713 calon memperoleh keputusan cemerlang, iaitu Gred A+, A dan A- dalam semua mata pelajaran pada 2023, dibandingkan dengan 10,109 calon pada 2022, sekali gus mencatatkan peningkatan.

Bilangan calon mendapat sekurang-kurangnya kepujian atau Gred C dalam semua mata pelajaran pada 2023, turut menunjukkan peningkatan, iaitu seramai 83,112 calon, berbanding 75,322 calon pada 2022.

“Seramai 131,480 calon (35.2 peratus) sekurang-kurangnya lulus semua mata pelajaran pada keputusan SPM 2023, iaitu peningkatan sebanyak 3,296 calon (0.9 peratus), berbanding 128,193 calon atau 34.4 peratus pada 2022,”katanya.

Jumlah calon tidak hadir

Dalam pada itu, seramai 10,160 daripada 383,685 calon baharu Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2023 tidak hadir menduduki peperiksaan itu.

Sehubungan dengan itu, jumlah ketidakhadiran itu perlu ditangani dan diteliti supaya langkah intervensi dapat dilaksanakan.

“Kita akan teliti punca kenapa calon ini tidak hadir (menduduki SPM 2023), selepas berlaku penurunan agak banyak (bagi calon yang mendaftar SPM 2023 berbanding 2022).

“Kita akan teliti satu persatu, intervensi akan kita laksanakan untuk tangani perkara ini sebaiknya,” katanya.