Lebih 12 negara Islam puji langkah Britain sekat penempatan haram Yahudi


WorldPolitics
10 Sep 2026 • 12:35 PM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

Image from: Lebih 12 negara Islam puji langkah Britain sekat penempatan haram Yahudi


LONDON: Lebih 12  negara Arab dan Islam pada Rabu memuji keputusan Britain untuk mengenakan sekatan ke atas penempatan haram Israel di Tebing Barat yang diduduki.

Setiausaha Luar Britain, Ed Miliband, memberitahu Ahli-ahli Parlimen bahawa langkah berkenaan menandakan satu pendekatan baharu yang amat diperlukan berikutan rancangan pembangunan projek E1 di kawasan tersebut.

Projek kontroversi berkenaan bakal menyebabkan Tebing Barat terpisah daripada Baitulmuqaddis Timur sekali gus membahagikan kawasan itu kepada dua bahagian.

Beliau turut menegaskan bahawa Britain tidak akan berdiam diri ketika kerajaan pimpinan Benjamin Netanyahu menggunakan pembinaan penempatan haram untuk memusnahkan prospek penyelesaian dua negara bagi krisis di Asia Barat.

Tindakan sekatan itu mencetuskan pertikaian diplomatik dengan pihak Israel menuduh parti Buruh menyebarkan pembohongan yang melampau serta mengumumkan penutupan konsulat Britain di Baitulmuqaddis, selain menyekat kemasukan belasan Ahli Parlimen Britain.

Kini, lapan negara Arab dan Islam termasuk Arab Saudi, Qatar, Mesir, Indonesia, Jordan, Pakistan, Emiriah Arab Bersatu (UAE) dan Turkiye telah menyambut baik sekatan berkenaan.

Menteri-menteri luar daripada negara terlibat memuji langkah Britain yang melarang import barangan dari penempatan haram Israel dan mengenakan sekatan terhadap perkhidmatan yang mempunyai kaitan dengan kawasan berkenaan di Tebing Barat.

Dalam satu kenyataan bersama, mereka menggesa negara-negara lain untuk mengambil tindakan serupa selaras dengan undang-undang antarabangsa dan menuntut tanggungjawab penuh daripada organisasi serta individu yang terlibat dalam penempatan haram Israel.

Mereka turut memuji kenyataan bersama berhubung penyelesaian dua negara yang dikeluarkan oleh Britain, Perancis, Denmark, Finland, Iceland, Ireland, Norway, Poland, Portugal, Sepanyol, Sweden dan Kanada pada Selasa.

Negara-negara berkenaan mengumumkan rancangan untuk memperkenalkan atau menyokong sekatan terhadap perdagangan Eropah dengan penempatan haram Yahudi, sambil menuduh Israel merosakkan peluang ke arah penyelesaian dua negara. – AGENSI

The post Lebih 12 negara Islam puji langkah Britain sekat penempatan haram Yahudi
 appeared first on Utusan Malaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved