Lebih 2,000 burung gagak ditembak dalam operasi MBPJ

28 Aug 2023 • 10:38 AM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

image is not available
1

OLEH AZIAN AZIZ

SHAH ALAM, 28 OGOS: Sebanyak 2,090 burung gagak ditembak dalam operasi Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) pada Sabtu lalu.

Pihak berkuasa tempatan itu memaklumkan operasi di 19 lokasi sekitar Petaling Jaya bermula jam 7.30 pagi hingga 7 malam disertai 35 penembak.

“Operasi bertujuan mengurangkan populasi burung gagak yang sering membawa masalah kesihatan dan mengotorkan premis perniagaan serta harta benda di sekitar bandar raya ini.

“Terima kasih kepada penduduk Petaling Jaya atas kerjasama yang diberikan sepanjang operasi berlangsung,” maklum MBPJ di Facebook.

Pelepasan para peserta disempurnakan Datuk Bandar Petaling Jaya Mohamad Azhan Mohd Amir di Ibu Pejabat MBPJ, Petaling Jaya.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved