Lebih 2,000 Laman Dan Kandungan Berunsur Lucah Disekat MCMC Sehingga Disember 2024

TechnologyDigital
6 Dec 2024 • 5:16 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) memaklumkan sebanyak 2,444 laman sesawang dan kandungan berunsur lucah khususnya pelacuran disekat bagi tempoh 1 Januari 2022 sehingga 1 Disember 2024. Ia melibatkan sekatan di pelbagai platform media sosial dengan angka sebanyak 279 laman sesawang telah disekat selain itu penurunan sekitar 2,165 kandungan berunsur lucah.

image is not available

Menterinya, Fahmi Fadzil dalam satu kenyataan memaklumkan, penurunan kandungan yang tertinggi adalah melibatkan platform seperti Facebook dengan jumlah sebanyak 46.84 peratus diikuti TikTok (30.44 peratus) dan Telegram (21.20 peratus). Tindakan itu diambil atas sebab pelanggaran piawaian komuniti yang ditetapkan oleh permohonan rasmi agensi penguatkuasaan serta aduan orang ramai yang diterima MCMC.

image is not available

image is not available

MCMC terus komited untuk meningkatkan pengalaman pengguna secara menyeluruh dengan memberikan bantuan teknikal bagi mempercepatkan proses siasatan pengumpulan bukti yang diperlukan. Selain itu menyediakan pendekatan yang lebih proaktif dalam mengenal pasti trend aktiviti jenayah siber menerusi pelaksanaan lesen ke atas perkhidmatan media sosial dan pesanan internet yang berkuat kuasa bermula 1 Januari 2025.