Lebih 2.36 juta Aplikasi Hasad Berjaya Dihalang Di Google Play Store Untuk Tahun 2024

TechnologyDigital
31 Jan 2025 • 3:06 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Google Play Protect sekali lagi dengan bangga melaporkan mereka telah berjaya membendung jutaan aplikasi hasad daripada diterbit di gedung aplikasi Google Play Store. Sepanjang tahun 2024, Google telah bekerjasama dengan lebih 1.3 juta pembangun untuk memastikan tiada kebenaran aneh diminta serta lebih 2.36 juta aplikasi hasad berjaya dihalang.

image is not available

Bukan itu sahaja, Play Protect turut telah menghalang 158,000 pembangun berniat jahat. Untuk tahun 2024, ulasan dan pemantauan aplikasi dilakukan oleh pekerja manusia dengan bantuan AI. Banyak aplikasi turut kini menawarkan butang untuk terus padam akaun, 91% aplikasi untuk peranti Android 13 ke atas yang dipasang telah dijamin selamat, dan semakin ramai kini memasang aplikasi secara sah iaitu melalui Play Store berbanding muat sisi.

Google Play Protect turut menggunakan model sekuriti yang lebih ketat, bagi memastikan pengguna yang enggan menggunakan Play Store masih dilindungi. Dengan model sekuriti baharu ini, 13 juta aplikasi luar Play Store telah dikenalpasti tidak selamat. Sehingga hari ini sebanyak lebih 200 bilion aplikasi diimbas setiap hari.

image is not available

Khusus untuk pengguna yang muat sisi APK, Play Protect turut kini boleh menghalang akses kebenaran jika aplikasi cuba mengakses data sensitif. Google turut menambah yang sebanyak 10 juta peranti berjaya dikesan mencuba 36 juta kali memasang aplikasi berbahaya.

Berikut adalah rumusan apa yang Play Protect berjaya lakukan sepanjang tahun 2024;

  • Berjaya menghalang 2.36 juta aplikasi hasad diterbit di Play Store.
  • 158,000 pembangun berniat jahat berjaya dihalang.
  • 1.3 juta aplikasi dijamin selamat
  • 92% ulasan dan semakan aplikasi dilakukan manusia dibantu oleh AI.
  • 91% aplikasi dipasang sepanjang 2024 di Android 13 ke atas disahkan selamat.
  • 80% pengguna kurang memasang aplikasi dari luar Play Store.
  • 13 juta aplikasi dimuat sisi didapati berbahaya.
  • 200 bilion aplikasi telah diimbas melalui Play Store setakat tahun 2024.
  • Play Protect turut menghalang akses kebenaran aplikasi yang dimuat sisi.
  • 10 juta peranti mencuba 36 juta kali memasang 200,000 aplikasi berbahaya.