Lebih 2 Juta Kereta Banjiri Lebuhraya PLUS Sehari Sempena Cuti Sekolah

LocalTravel
23 Dec 2025 • 10:45 PM MYT
Carz Automedia
Carz Automedia

Latest automotive news & review in one place.

image is not available

image is not available

PLUS Malaysia Berhad (PLUS) menjangka lebih dua juta kenderaan sehari akan menggunakan lebuh raya sempena cuti sekolah, sambutan Krismas dan tahun baharu ini.

Ketua Pegawai Komersial PLUS, Mohd Fauzi Puniran, berkata pengguna lebuh raya digalak merancang perjalanan lebih awal bagi memastikan keselamatan dan keselesaan mereka.

Beliau berkata, PLUS juga menggalakkan orang ramai menggunakan jadual perjalanan digital MyPLUS-TTA dalam aplikasi PLUS bagi merancang waktu perjalanan dan hentian rehat.

"Pemandu yang cukup rehat adalah kunci kepada perjalanan yang selamat.

"PLUS menyediakan kawasan rehat dan rawat (R&R) yang bukan sekadar tempat persinggahan, malah direka sebagai ruang mesra keluarga dengan kemudahan lengkap seperti tandas, surau, taman permainan kanak-kanak dan bilik persalinan bayi.

"Selain suasana selesa, R&R kita juga menawarkan pelbagai pilihan makanan dan minuman daripada hidangan tempatan hingga jenama terkenal, menjadikannya tempat ideal untuk berehat dan mengumpul tenaga sebelum meneruskan perjalanan," katanya.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved