Lebih 20 Guru, Keluarga Mereka Antara Mangsa Tanah Runtuh

16 Dec 2022 • 3:08 PM MYT
Getaran
Getaran

Menampilkan laporan semasa & terkini yang mencakupi pelbagai aspek kehidupan

image is not available
Anggota Bomba dan Penyelamat membantu mangsa tanah runtuh di Batang Kali hari ini. Lebih 20 guru SJK (C) Mun Choong dan keluarga mereka disahkan menjadi antara mangsa tragedi awal pagi itu. - Gambar Facebook Jabatan Bomba & Penyelamat Malaysia

KUALA LUMPUR - Lebih 20 guru SJK (C) Mun Choong di sini dan keluarga mereka disahkan antara mangsa tanah runtuh di tapak perkhemahan Father’s Organic Farm di Gohtong Jaya, pagi tadi.

Presiden persatuan ibu bapa dan guru sekolah itu, U Chin Ong, berkata berdasarkan maklumat yang diterima setakat ini, beberapa guru telah diselamatkan pihak berkuasa dan dihantar ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk rawatan.

“Selain HKL, beberapa guru turut dihantar ke balai polis Hulu Yam Baru untuk dirawat oleh anggota perubatan dari HKL,” katanya sambil menambah seorang guru wanita dan bayinya yang mengalami kecederaan ringan turut dirawat di situ.

Chin Ong berkata, para guru dan keluarga mereka memutuskan untuk bercuti dengan mendirikan perkhemahan di kawasan terjejas selama tiga hari bermula Rabu.

Beliau berkata terdapat dua tapak perkhemahan di ladang itu dan yang terjejas teruk adalah tapak pertama.

Sementara itu, menurut laporan, beberapa anggota Jabatan Kebajikan Masyarakat dilihat mengagihkan barangan asas seperti pakaian, tuala wanita, makanan dan selipar kepada mangsa yang terjejas di balai polis.

Sementara itu, petugas perubatan dari HKL sibuk mengurus keperluan perubatan mereka. - The Vibes, 16 Disember 2022

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved