Lebih 20 hari dirawat di IJN, Tun M dibenarkan pulang hari ini

Politics
18 Mar 2024 • 3:03 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Tun Dr Mahathir Mohamad

SHAH ALAM - Setelah lebih 20 hari menerima rawatan di Institut Jantung Negara (IJN), bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dibenarkan pulang pada Isnin.

Perkara itu disahkan oleh pegawai beliau dalam satu kenyataan.

"Tun Dr Mahathir Mohamad telah dibenarkan keluar dari Institut Jantung Negara pada jam 11.30 pagi hari ini.

"Dr Mahathir telah dimasukkan ke IJN pada 26 Januari 2024, untuk rawatan jangkitan dan untuk pemerhatian," katanya pada Isnin.

Sebelum ini Dr Mahathir dilapor masih menjalani proses pemulihan akibat jangkitan.

Beliau hanya akan dibenarkan keluar sekiranya IJN berpuas hati dengan tahap pemulihan jangkitan yang dialami.

Nak berita-berita terkini dengan lebih pantas? Jom sertai saluran WhatsApp Sinar Harian: https://whatsapp.com/channel/0029Va4iEylEgGfDYSCqPJ28

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved