Lebih 200,000 Orang Berarak di Amsterdam, Desak Belanda Ambil Tindakan Tegas Terhadap Israel

WorldPolitics
9 Nov 2026 • 10:30 AM MYT
UmmahToday
UmmahToday

From Ummah To Ummah News Portal

Image from: Lebih 200,000 Orang Berarak di Amsterdam, Desak Belanda Ambil Tindakan Tegas Terhadap Israel

Lebih 200,000 penunjuk perasaan berhimpun dan berarak menerusi perarakan gergasi dinamakan “Garisan Merah” di Amsterdam, mendesak kerajaan Belanda mengenakan sekatan lebih keras terhadap Israel berhubung serangan berterusan di Gaza.

Menerusi perarakan yang dianjurkan oleh Amnesty International Belanda bersama pelbagai gabungan NGO itu, majoriti peserta kelihatan berpakaian merah bagi menyimbolkan garisan merah yang tidak sepatutnya dilintasi. Mereka menuntut sekatan perdagangan yang lebih ketat, pengisytiharan rasmi bahawa pencerobohan Israel merupakan pembunuhan beramai-ramai (genosid), serta penghentian penuh eksport senjata ke negara berkenaan.

Laluan utama di pusat bandar raya Amsterdam terpaksa ditutup kepada lalu lintas bagi memberi laluan kepada lautan manusia yang melaungkan slogan “Bebas, Bebas Palestin!”.

Perkembangan ini menyerlahkan ketegangan diplomatik antara Belanda dan Israel. Sebelum ini, bekas menteri luar Belanda telah meletak jawatan selepas gagal memperoleh sokongan parlimen untuk sekatan baharu ke atas Tel Aviv. Kerajaan gabungan minoriti pimpinan Perdana Menteri Rob Jetten baru-baru ini melaksana larangan import ke atas barangan dari penempatan haram Israel, yang mencetuskan pertikaian diplomatik kedua-dua negara.

Mempertahankan tindakan pentadbirannya, Jetten menegaskan bahawa Belanda sentiasa mengenakan tekanan politik dan diplomatik bagi mengurangkan krisis di Gaza. Menurut data Kementerian Kesihatan Gaza, lebih 1,550 rakyat Palestin telah terkorban akibat tembakan tentera Israel sejak gencatan senjata berkuat kuasa pada Oktober 2025, dengan separuh daripadanya terdiri daripada wanita dan kanak-kanak.

Sumber Maklumat: TRT World & Agensi

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved