Lebih 23,000 rakyat Malaysia ke Thailand melalui pintu sempadan negara di Perlis

LocalTravel
17 Sep 2024 • 10:35 AM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Seramai 23,890 warga Malaysia direkodkan keluar ke Thailand melalui dua pintu sempadan negara di Perlis iaitu ICQS Padang Besar dan Wang Kelian. Foto hiasan

KANGAR - Seramai 23,890 warga Malaysia direkodkan keluar ke Thailand melalui dua pintu sempadan negara di Perlis iaitu Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS) Padang Besar dan Wang Kelian sempena cuti sekolah dan Hari Malaysia semalam.

Pengarah Imigresen Perlis, Khairul Amin Talib berkata, jumlah itu bagi tempoh 12 hingga 15 September dengan ICQS Padang Besar mencatatkan sejumlah 16,491 orang manakala 7,399 lagi keluar melalui ICQS Wang Kelian.

"Jumlah ini dijangkakan berlaku peningkatan sehingga hujung cuti persekolahan,” katanya ringkas kepada Bernama melalui aplikasi pesanan WhatsApp hari ini.

Khairul Amin mengingatkan warga Malaysia yang ingin bercuti ke negara jiran itu perlu memastikan dokumen perjalanan masih sah dan mengharapkan keprihatinan mereka untuk bersabar menghadapi kesesakan di pintu sempadan dalam tempoh cuti sekolah ini. - Bernama

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved