Lebih 25 kilogram emas haram dirampas

27 Oct 2026 • 8:35 AM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Lebih 25 kilogram emas haram dirampas

JAKARTA – Pihak berkuasa Kastam dan Eksais Indonesia  menggagalkan cubaan mengeksport secara haram 25.88 kilogram emas bernilai 61.95 bilion rupiah(RM14 juta) menerusi lima lapangan terbang antarabangsa pada bulan ini, lapor agensi berita ANTARA hari ini.

“Sepanjang Oktober 2026, pegawai Kastam merampas 25.88 kilogram emas bernilai kira-kira 61.95 bilion rupiah  di lima lapangan terbang antarabangsa,” kata Pengarah Penguatkuasaan dan Siasatan  Direktorat Besar Kastam dan Eksais, Priyono Triatmojo dalam satu sidang akhbar di Jakarta semalam.

Menurutnya, sebahagian besar mereka yang  terlibat dalam eksport emas haram tersebut merupakan warga asing yang cuba membawa emas ke luar negara.

Lima lapangan terbang berkenaan ialah Lapangan Terbang Antarabangsa Juanda di wilayah Jawa Timur, Lapangan Terbang Antarabangsa Kertajati di Jawa Barat, Lapangan Terbang Antarabangsa I Gusti Ngurah Rai di Bali, Lapangan Terbang Antarabangsa Yogyakarta dan Lapangan Terbang Antarabangsa Soekarno-Hatta di Banten.

“Negara ini  sedang mengambil tindakan untuk melindungi sumber semulajadinya, selaras dengan komitmen kerajaan  melaksanakan visi dan program Asta Cita Presiden (Prabowo Subianto,” kata Priyono.

Beliau mengulangi  komitmen Kastam mengawal pintu masuk dan keluar negara daripada penyeludupan, terutamanya pergerakan haram sumber semulajadi.

Kastam telah menahan mereka yang disyaki terlibat dan merampas emas berkenaan sebagai bahan bukti untuk tindakan undang-undang selanjutnya.

Siasatan dan operasi penguatkuasaan tersebut melibatkan penyelarasan dengan Badan Reserse Kriminal Kepolisian Negara Republik Indonesia, Tentera Nasional Indonesia, Pejabat Peguam Negara, dan pihak berkuasa lapangan terbang berkaitan. – AGENSI 

 

The post Lebih 25 kilogram emas haram dirampas appeared first on Kosmo Online.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved