Lebih 28,000 Banduan Di Rusia Didakwa Direkrut Untuk Berperang, Ditembak Mati Jika Lari

19 Sep 2022 • 3:38 PM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

image is not available

Lebih 28,000 Banduan Di Rusia Didakwa Direkrut Untuk Berperang, Ditembak Mati Jika Lari

Lebih 28,000 banduan termasuk pembunuh, perogol dan pelbagai penjenayah ekstrem didakwa telah direkrut oleh Rusia untuk dikerahkan dalam perang menentang Ukraine sejak bulan April hingga September.

Memetik laporan Daily Mail, lebih lima peratus daripada keseluruhan banduan lelaki di Rusia direkrut selepas negara berkenaan mengalami kekalahan terhadap tentera Ukraine di Timur negara itu.

Dalam sebuah video yang dipercayai dirakam pada minggu lalu, lelaki yang dikenali sebagai ‘Chef Presiden Rusia’ telah menawarkan pengampunan jenayah sekiranya banduan berjaya bertahan dalam medan perang selama enam bulan.

Kebanyakan mereka akan diberikan latihan asas sebelum dihantar ke barisan hadapan di Donbas atau wilayah lain di Ukraine.

Tambahan lagi, mereka dibekalkan dengan satu bom tangan untuk menyerang tentera Ukraine dan satu untuk diri mereka sendiri sekiranya ditangkap musuh.

image is not available
Gambar: Daily Mail

Bagaimanapun, amaran keras diberikan kepada mana-mana banduan yang melarikan diri dari medan perang dan akan ditembak mati sebagai hukuman.

Selain itu, pihak Rusia juga mengutamakan banduan yang berumur lingkungan 30 hingga 40 tahun yang terlibat dalam jenayah bunuh, rompak dan kecederaan parah.

Manakala, jika mereka terkorban di dalam peperangan, mereka akan diisytihar sebagai wira dan ahli keluarga mereka akan menerima pampasan kira-kira RM375,000.

Sebahagian banduan yang tergoda dengan tawaran ‘gila’ tersebut akan dihantar ke kem tentera persendirian dan akan dipantau.

Sumber: Daily Mail

View Original Article